BUDDHA | | UMUM | |
AGAMA BUDDHA | Agama Buddha, salah satu agama dan tradisi falfasah yang utama di dunia. Agama ini bermula sejak kira-kira 2000 tahun di timur laut India apabila Siddhartha Gautama menyampaikan ajaran agama ini kepada orang lain. Dia juga dikenali dengan nama Buddha (pengasas). Agama ini berkembang ke seluruh India dan kemudian berkembang ke utara, iaitu ke pergunungan Himalaya dan terus ke China, Tibet, Korea dan seterusnya Jepun. Agama ini juga berkembang ke selatan, iaitu Sri Lanka, Thailand, Burma, Kemboja dan Vietnam. Pada tahun 1900-an, agama ini berkembang ke Eropah, Amerika Syarikat dan Australia. | UMUM | |
GAUTAMA BUDDHA | Gautama Buddha (563 SM-483 SM) merupakan pengasas agama Buddha. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
ZEN | Zen ialah suatu bentuk agama Buddha Asia Timur. Agama Buddha Zen dianuti terutamanya oleh orang Jepun dan kuat mempengaruhi budaya masyarakat tersebut. Sejak pertengahan tahun 1900-an, Zen mempunyai pengikut di serata dunia. | UMUM | |
SANGHA | Merupakan nama yang diberikan kepada penempatan pengikut agama Buddha yanghidup bersama dan mengikut sepenuhnya ajaran-ajaran Buddha dalam kehidupan seharian mereka. | AGAMA | Bandar/Negeri/Negara/Tempat |
SESSHU | Sesshu (1419–1506), sami Buddha, yang merupakan pelukis landskap Jepun yang paling masyhur dalam tradisi lukisan dakwat Cina. Gaya lukisannya mudah dikenali melalui gubahan yang begitu menonjol, lukisan yang begitu berpengaruh dengan mengetepikan unsur permodelan yang halus. Mahakaryanya ialah satu gulungan panjang lukisan yang menggambarkan pemandangan sungai di China. Sesshu mempelajari seni lukis dengan mengkaji karya pakar lukisan dakwat Cina tahun 1200-an. | UMUM | |
DHARMA | Dharma ialah hukum moral dan keagamaan dalam agama Hindu dan Buddha. Setiap agama ini mempunyai dharmanya sendiri. | UMUM | |
NIRVANA | Nirvana ialah istilah yang digunakan dalam setengah-setengah agama orang India, terutama Buddha, untuk memerikan kedamaian dan rahmat yang abadi. Dengan tercapainya nirvana, seseorang itu terlepas daripada kitaran kematian dan kelahiran yang menyakitkan dan berterusan. Kitaran ini berlaku disebabkan oleh keinginan seseorang individu terhadap duniawi seperti gilakan kemasyhuran, keabadian, dan kekayaan. | UMUM | |
PAGODA | Pagoda ialah sejenis menara yang sering dikaitkan dengan kuil Buddha. Ia terdapat terutamanya di China, Jepun dan sebahagian daripada India dan tenggara Asia. | UMUM | |
DALAI LAMA | Dalai Lama ialah pemimpin kerohanian orang Tibet. Dia menjadi ketua golongan Yellow Hat, golongan berfahaman Lama, iaitu satu cabang fahaman Buddha. | UMUM | |