| BULATAN ARTIK | Bulatan Artik ialah garisan bayangan yang merentasi bahagian utara Kanada, Alaska, Rusia dan Scandinavia. | UMUM | |
| PERGUNUNGAN URAL | Pergunungan Ural menganjur kira-kira 2400 kilometer merentasi bahagian barat Rusia. Pergunungan ini menganjur ke selatan, bermula daripada Bulatan Artik hingga menghampiri sempadan Kazakhstan. Ramai ahli geografi menganggap pergunungan ini sebagai salah satu sempadan antara Eropah dan Asia. Lihat Rusia (peta rupa bumi). | UMUM | |
| ARKHANGELSK | Arkhangelsk (pend. 419 000) ialah salah sebuah bandar terbesar di dunia yang terletak jauh di utara. Ia terletak kira-kira 150 kilometer di bawah Bulatan Artik di Rusia, tempat Sungai Dvina mengalir ke Laut Putih. Bandar ini menganjur kira- kira 40 kilometer di sepanjang pantai pulau di delta sungai itu. Untuk lokasinya, lihat Rusia (peta politik). | UMUM | |
| NORWAY | Norway ialah sebuah negara yang panjang dan sempit, terletak di tebing barat laut benua Eropah. Satu per tiga daripada kawasan utara Norway terletak di atas Bulatan Artik dan negara ini dinamakan Negara Matahari Tengah Malam. Oleh sebab kawasan ini terletak begitu jauh ke utara, ia mengalami musim panas yang panjang apabila matahari bersinar 24 jam sehari. Oslo, ibu negara Norway dan bandar terbesar, terletak di bahagian selatan negara ini. | UMUM | |
| MURMANSK | Murmansk (pend. 412 000), pelabuhan utama Rusia di Lautan Artik. Ia merupakan bandar terbesar di utara Bulatan Artik. Arus Telukan yang panas menyebabkan pelabuhan ini tidak dilitupi ais sepanjang tahun. Murmansk terletak di kawasan tanah rata, kawasan tiada berpokok di bahagian utara Semenanjung Kola. Ia bersempadan dengan Serokan Kola, cabang Lautan Artik. Untuk lokasi, lihat Rusia, (peta politik). | UMUM | |
| SPRUS | Sprus ialah nama biasa bagi genus pokok malar hijau yang mengeluarkan kon dalam famili pain. Lebih kurang 50 spesies pokok sprus berasal dari Hemisfera Utara. Sesetengah sprus tumbuh melepasi Bulatan Artik. Yang lain tumbuh di selatan sejauh Pergunungan Pyrenees di Eropah. Di Amerika Utara, ia tumbuh di selatan sejauh Carolina Utara dan Arizona. | UMUM | |
| TASIK GREAT BEAR | Tasik Great Bear ialah tasik yang terbesar di Kanada dan tasik yang keempat terbesar di Amerika. Tasik Great Bear meliputi keluasan 31 328 kilometer persegi di Wilayah Barat Laut. Tasik ini terbentang di kedua-dua kawasan daratan yang utama di Kanada, iaitu Perisai Kanada dan Dataran Pedalaman di Utara. Sebahagiannya juga terletak di dalam Bulatan Artik. Ais melitupi tasik ini selama kira-kira sembilan bulan dalam setahun. | UMUM | |