POKEWEED | Pokeweed ialah sejenis pokok herba saka yang tinggi dan bercabang dengan bunga hijau – keputihan dan batang berwarna merah. Ia berasal dari timur Amerika Utara, dan telah diperkenalkan ke barat Amerika Utara dan ke benua lain. Pokeweed tumbuh antara satu dan tiga meter tinggi. | UMUM | |
ORKID | Orkid ialah mana-mana famili tumbuhan yang sangat besar, yang banyak daripadanya mengeluarkan bunga yang cantik. Terdapat lebih daripada 20 000 spesies tumbuhan berbunga. Ia ditanam dengan meluas sebagai bunga hiasan rumah, bunga taman, dan bunga rumah hijau, dan ia juga tumbuh liar. Orkid adalah tumbuhan saka , yang bermakna ia hidup sekurang-kurangnya tiga tahun. | UMUM | |
ASAM JAWA | Asam jawa ialah pokok malar hijau yang menarik, yang tumbuh di kawasan tropika. Ia boleh tumbuh 23 meter tingginya. Asam jawa mempunyai daun yang kecil, berwarna hijau pucat, dan bunga yang kecil berwarna kuning. Lenggainya kira-kira lapan hingga 10 sentimeter panjangnya mengandungi biji. Lenggai ini mengandungi isi masam berwarna perang yang digunakan untuk membuat minuman yang menyegarkan. Di India dan Arab Saudi, isi ini dihimpit menjadi ketulan dan dijual sebagai makanan istimewa. Asam jawa hiasan ditanam di bahagian panas yang di dunia. Pengelasan saintifik: Asam jawa tergolong dalam famili kacang pis Leguminosae (Fabaceae). Ia adalah Tamarindus indica . | UMUM | |
BUNGA CINA | Bunga cina ialah pokok renek atau pokok kecil malar hijau yang mengeluarkan bunga yang harum, melekit berwarna putih. | UMUM | |
SLIPPERWORT | Slipperwort ialah nama bagi beberapa tumbuhan malar hijau yang bunganya berbentuk seperti selipar. Ia berasal dari Amerika Tengah dan Amerika Selatan, tetapi ditanam di rumah hijau dan taman di kawasan sederhana. Spesies Alpine ditanam di taman batuan. Slipperwort mempunyai banyak bunga. Spesies yang popular termasuk Slipperwort biasa yang bunganya kuning berbintik-bintik slipperwort belukar yang bunganya kecil berwarna kuning, dan slipperworth berbunga ungu. | UMUM | |
RIMU | Rimu ialah nama bagi beberapa spesies pokok tinggi di New Zealand. Satu spesies juga dikenali sebagai pain merah . Kayunya, yang bercorak cantik dan sangat berharga, digunakan untuk membina rumah. Rimu boleh ditanam untuk mengawal hakisan tanah. Pokok ini tumbuh menjulang tinggi, dengan dahannya yang melentok berwarna hijau pucat dan daun halus yang tumbuh rapat pada batangnya. Seperti semua pain, pokok ini mempunyai bunga yang tidak menyerlah sama ada bunga jantan atau bunga betina. Bunganya tumbuh di hujung dahan; bunga jantan dalam “bentuk mayang” dan bunga betina dalam bentuk kon kecil. Setiap pokok mengeluarkan hanya bunga jantan atau bunga betina. | UMUM | |
TEH LABRADOR | Teh Labrador ialah nama bagi enam spesies tumbuhan malar hijau yang kecil dalam famili heather . Ia tumbuh di kawasan bencah di Eropah Utara, di utara dan subartik Amerika Utara, dan Greenland. Daunnya mempunyai bahan narkotik yang tidak kuat dan digunakan sebagai teh dan sebagai ganti hop untuk membuat bir. Tanin, yang digunakan untuk menyamak kulit haiwan, juga datangnya daripada daun ini. Pengelasan saintifik. Teh Labrador adalah anggota famili heath, Ericaceae. Ia tergolong dalam genus Ledum. Lihat juga Bunga (gambar: Bunga di hutan jarang dan hutan). | UMUM | |
ARBUTUS | Arbutus ialah nama yang diberikan kepada beberapa pokok malar hijau daripada famili heath . Kebanyakannya adalah pokok renek atau pokok. Di timur dan tengah Kanada, serta di Amerika Syarikat, arbutus yang paling terkenal ialah arbutus menjalar , pokok menjalar berbunga putih atau merah jambu yang wangi. Di New England, ia dinamakan mayflower . Pilgrim Fathers dikatakan telah memberikan nama ini. Pokok strawberi berasal dari barat daya Eropah, tetapi telah diperkenalkan sebagai pokok hiasan di banyak kawasan. Ia tumbuh dari tiga hingga sembilan meter, berbunga putih atau merah jambu dan buahnya berbentuk strawberi dan sebesar strawberi. Pengelasan saintifik: Arbutus menjalar tergolong dalam famili heath , Ericaceae . Ia dikelaskan sebagai Epigaea repeus . Pokok strawberi ialah Arbutus unedo . Lihat juga Bunga (gambar; Bunga-bungaan di hutan jarang dan hutan). | UMUM | |
PROTEA | Protea ialah nama sekumpulan besar pokok renek dan pokok yang tumbuh terutamanya di Afrika Selatan. Protea mempunyai daun malar hijau dan gugusan bunga yang padat. Setiap gugus dikelilingi oleh sekumpulan daun berwarna terang yang dikenali sebagai braktea. Protea mengeluarkan kekeras yang diliputi bulu kasar. | UMUM | |
LILAC | Lilac ialah pokok renek yang cantik yang disukai di seluruh dunia kerana bunganya wangi. Lilac biasa dari tenggara Eropah tumbuh setinggi enam meter dan mempunyai dahan yang merimbun dipenuhi bunga. Daunnya yang hijau lebih kurang 13 sentimeter panjangnya. Bunganya yang putih atau ungu tumbuh bergugus yang mungkin sepanjang 25 sentimeter. | UMUM | |