| SYAL | Syal ialah butiran batuan enapan yang terhasil dari mampatan lumpur. Ia terdiri terutamanya daripada batu kuarza dan mineral yang ditemui di dalam tanah liat. Syal boleh pecah dengan mudah kepada lapisan nipis dan sama rata. Syal digali kerana kegunaannya untuk membuat batu-bata dan simen. Lihat juga Batuan; Batu loh; Syal minyak. | UMUM | |
| STATISTIK PENTING | Statistik penting ialah satu rekod peristiwa paling asas bagi manusia, termasuklah butiran kelahiran, perkahwinan, perceraian, penyakit, dan kematian. Statistik penting bagi menunjukkan perubahan yang berlaku pada penduduk sesebuah negara, negeri, atau provinsi atau masyarakat setempat. | UMUM | |
| AKIK | Akik ialah bentuk kalsedoni yang beralur-alur, iaitu kuarza jenis butiran halus lagi poros | UMUM | |
| MESIN DAFTAR TUNAI | Mesin daftar tunai ialah mesin yang merekod dan memaparkan amaun jualan. Kebanyakan mesin daftar tunai mempunyai laci untuk menyimpan wang tunai. Apabila juruwang merekodkan sesuatu jualan dalam mesin daftar tunai, harga pembelian tertera di jendela paparan di mesin tersebut. Mesin daftar tunai ini juga mencetak resit butiran yang mencatatkan rekod penjualan untuk kegunaan pelanggan. | UMUM | |