Surtees, John (1934– ), pelumba motosikal dan pelumba kereta British, juara dunia bagi motosikal 500 cc pada tahun 1956, 1958, 1959 dan tahun 1960. Dia juga menyandang kejuaraan dunia untuk motosikal 350 cc pada tahun 1958, 1959 dan tahun 1960. Pada akhir tahun 1960, dia bersara daripada perlumbaan motosikal dan bergiat pula dalam lumba kereta. Dia memenangi gelaran juara lumba kereta dunia pada tahun 1964. Dia mereka bentuk dan membina kereta lumbanya sendiri pada tahun 1970. Surtees lahir di Tatsfield, Surrey, England. |