SENGKUANG CINA | Sengkuang cina ialah nama biasa bagi dua jenis tumbuhan air yang sangat berbeza. <i> Sengkuang cina i> ialah tumbuhan bak rumput yang ditanam untuk umbisinya (batang bawah tanah) yang boleh dimakan. Satu lagi jenis sengkuang cina ialah tumbuhan air yang berdaun dan terapung. Ia juga dinamakan <i> kaltrop air i> . | UMUM | |
SASTERA CINA | Kesusasteraan yang terdapat dalam masyarakat Cina. | SASTERA | Konsep |
TAHUN BARU CINA | Perayaan yang disambut oleh masyarakat Cina | BUDAYA | Perayaan/Upacara |
BUNGA CINA | Bunga cina ialah pokok renek atau pokok kecil malar hijau yang mengeluarkan bunga yang harum, melekit berwarna putih. | UMUM | |
CINA BUTA | CINA BUTA, peranan yang dimainkan oleh sang perantara sementara yang berstatus suami dalam keadaan perkahwinan yang telah mengalami talak tiga. Panggilan umum terhadap suami begini ialah ‘muhalil’ (yang menghalalkan) kerana perkahwinan dengannya membolehkan bekas suami mengahwini kembali isterinya yang telah diceraikan dengan talak tiga. | BUDAYA | Konsep |
AKUPUNKTUR | Akupunktur ialah kaedah rawatan tradisional Cina purba untuk melegakan kesakitan dan mengubati beberapa jenis penyakit dengan cara mencucuk jarum ke beberapa bahagian badan. Mengikut falsafah Cina, penyakit dan kesakitan terjadi akibat ketidakimbangan antara dua kuasa semula jadi utama yang dikenali <I>yin I>dan <I>yang I>. Orang Cina percaya akupunktur mengembalikan imbangan ini. | UMUM | |
TAEL | Tael adalah unit timbangan Cina yang menunjukkan harga perak seunit. Walaupun nilainya selalu berubah, tael adalah nilai asas bagi wang Cina hingga tahun 1935. | UMUM | |
MENCIUS | Mencius (390? S.M.–305? S.M.) ialah ahli falsafah Cina yang utama. Dia merupakan salah seorang tokoh yang paling berpengaruh dalam perkembangan falsafah Cina yang dikenal sebagai <i> Konfusianisme. i> Mencius paling terkenal kerana keyakinannya bahawa sifat semula jadi manusia adalah baik. Dia juga percaya bahawa rakyat sesebuah negara mempunyai alasan apabila menggulingkan atau malahan membunuh raja yang zalim. Mencius mentakrifkan raja yang zalim sebagai orang yang mengabaikan kebajikan rakyat dan memerintah mereka dengan tidak bertimbang rasa. Kebanyakan gagasan Mencius terdapat dalam <i> Mengzi i> (juga dieja <i>Meng-tzui>), buku yang mungkin merupakan koleksi ajarannya. | UMUM | |
BAHASA MELAYU PERANAKAN | BAHASA MELAYU PERANAKAN, bahasa Cina Baba yang tinggal di negeri Melaka, Pulau Pinang dan Singapura. Perkataan Baba bermaksud Cina Peranakan lelaki dan Cina Peranakan perempuan (Nyonya) atau masyarakat Cina Peranakan keseluruhannya. | BAHASA | Konsep |
TAN TOCK SENG | Tan Tock Seng (1798–1850) menjadi pemimpin komuniti Cina di Singapura. Pada tahun 1844, dia dilantik sebagai jaksa pendamai. Tan Tock Seng lahir di Melaka. Dia tiba di Singapura pada tahun 1819. Dia memulakan perniagaannya dengan menjual sayur-sayuran, buah-buahan, dan ayam. Kemudian dia membuka kedai kecil. Perniagaannya berkembang dan dia menggunakan kekayaannya untuk membantu pendatang Cina yang lain. Pada tahun 1844, dia membina hospital yang pertama di Singapura bagi membantu orang Cina yang miskin. Hospital tersebut, yang masih lagi menggunakan namanya, merupakan salah sebuah hospital terbesar di Singapura. | UMUM | |