AMINUDDIN BAKI | AMINUDDIN BAKI (1926-1965), Ketua Penasihat Pelajaran (1961-1965). Dia lahir pada 26 Januari 1926 di Chemor, Perak. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Konsep |
INSTITUT AMINUDDIN BAKI | Institut Aminuddin Baki (IAB) ialah pusat latihan dalam pengurusan pendidikan negara. | SAINS POLITIK DAN KETATANEGARAAN | Institusi/Organisasi |
SITI ZAINON ISMAIL | SITI ZAINON ISMAIL (1949 - ), penulis, penyair dan pelukis. Dia lahir pada 18 Disember 1949 di Gombak, Selangor. Dia pernah menggunakan nama samaran Izan Baina. Siti Zainon menerima pendidikan awal di Sekolah Rendah Setapak dan Sekolah Menengah Aminuddin Baki, Kuala Lumpur. Dari tahun 1970 hingga tahun 1973, Siti Zainon melanjutkan pendidikannya di Sekolah Tinggi Seni Rupa (ASRI), Yogyakarta, Indonesia. | SASTERA | Tokoh |
SALLEH AL-MASRI | SALLEH AL-MASRI (1875 – 1971), ulama dan pengasas Madrasah al-Masriah, Bukit Mertajam, Pulau Pinang. Dia berasal dari Kampung Rasah, Seremban, Negeri Sembilan. Nama sebenarnya ialah Mohd. Salleh al-Masri bin Baki. Dia menerima pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Bukit Nanas, Seremban. Selepas tiga tahun belajar di sekolah ini, dia mempunyai kecenderungan untuk belajar agama. Keinginan ini mendapat restu daripada orang tuanya. Akhirnya Salleh al-Masri bersama-sama dua orang sepupunya dihantar berguru di Bersilam Langkat, Sumatera, Indonesia. Di Bersilam Langkat, dia berguru dengan Syekh Abdul Wahab. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |