DES | DES ialah hormon seks sintetik yang digunakan sebagai ubat. Ia mempunyai kandungan estrogen semula jadi, sejenis hormon yang dihasilkan oleh ovari wanita sewaktu usia subur. DES ialah singkatan nama kimia hormon tersebut, diethylstilbestrol. | UMUM | |
ÉCOLE DES BEAUX-ARTS | École des Beaux-Arts ialah institusi seni di Paris yang ditaja oleh kerajaan Perancis. | UMUM | |
KNIGHTS TEMPLARS | Knights Templars ialah ahli satu kumpulan tentera agama bagi kesatriaan Kristian. Kumpulan ini telah diasaskan pada kira-kira tahun 1119 di Baitulmaqdis oleh kesateria Perancis, Hugh des Payens dan Godfrey dari St. Omer. Kumpulan ini pada mulanya dinamakan “the poor Fellow- Soldiers of Christ and the Temple of Solomon” kerana kemiskinan mereka dan penginapan yang diberikan kepada mereka oleh Raja Baldwin II dari Baitulmaqdis. Penginapan ini terletak di laman istana raja yang dikenali sebagai Temple of Solomon. | UMUM | |
PENGAJIAN MELAYU DI PERANCIS | PENGAJIAN Melayu DI PERANCIS, pusat pengajian bahasa Melayu. Penubuhan pusat pengajian bahasa Melayu di Perancis bermula dengan wujudnya jawatan Gabenor Pengajian Bahasa Melayu di Eropah, iaitu di Ecole des Langues orientales pada 2 September 1844. Jawatan ini disandang oleh Edmund Dulaurier. Dia telah menterjemah Kitab Pelayaran Abdullah pada tahun 1850 dan menyusun kamus tetapi tidak diterbitkan. | BAHASA | Institusi/Organisasi |