| MAO DUN | Mao Dun (1896–1981) ialah penyunting dan penulis Cina. Ramai pengkritik menganggap Mao Dun sebagai seorang novelis realis yang sangat dikagumi. | UMUM | |
| DÙN LAOGHAIRE | Dùn Laoghaire (pend. 54 715) ialah sebuah bandar di pantai timur Ireland. Ia terletak 11 kilometer di tenggara Dublin (lihat Ireland [peta]). | UMUM | |
| IBRAHIM ISMAIL, JENERAL (B) TAN SRI | IBRAHIM ISMAIL, Jeneral (B) Tan Sri (1922- ), Ketua Turus Angkatan Tentera (kini Panglima Angkatan Tentera) Malaysia yang ketiga. Dia lahir pada 19 Oktober 1922 di Kampung Air Molek, Johor. Dia mendapat pendidikan awal di English College, Johor Bahru dan mula terlibat dalam ketenteraan dalam tahun 1941, bersama-sama dengan bekas Perdana Menteri, Tun Hussein Onn, apabila kedua-duanya menyertai Johore Military Force. Kemudian dia dihantar ke Akademi Tentera India di Dehra Dun untuk menjalani latihan tentera. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
| PARLIMEN MALAYSIA | PARLIMEN MALAYSIA, institusi pemerintahan demokrasi Malaysia yang ditubuhkan berdasarkan model Westminster, United Kingdom, mengikut cadangan Suruhanjaya Reid yang menggubal Rang Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu merdeka. Malaysia ialah sebuah negara persekutuan yang mempunyai 13 buah negeri dan sebuah Wilayah Persekutuan yang terdiri daripada Kuala Lumpur dan Labuan. Pada peringkat persekutuan, terdapat Kerajaan Pusat atau Kerajaan Persekutuan, manakala pada peringkat negeri pula, terdapat Kerajaan Negeri. Parlimen ialah institusi perwakilan yang menjalankan fungsi perundangan di Malaysia. Pada peringkat pusat, ia dikenal sebagai Parlimen, manakala pada peringkat negeri, Dewan Undangan Negeri (DUN). | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Institusi/Organisasi |