DARUL ARQAM | DARUL ARQAM, pertubuhan dakwah Islam. Ia ditubuhkan oleh Ustaz Asaari Muhammad pada tahun 1968. Sebelum Darul Arqam ditubuhkan, Ustaz Asaari, yang berguru dengan almarhum Syekh Mahmood Bukhari, memimpin kegiatan usrah di Datuk Keramat, Kuala Lumpur. Dia memperkenalkan konsep ‘ikhwan’ (persaudaraan Islam) di kalangan para pengikutnya. Dia telah membina sebuah perkampungan Islam di Sungai Pencala, Kuala Lumpur di samping menjadi pusat kegiatan dakwah yang dipimpinnya sendiri sebagai Syekhul Arqam. Darul Arqam tidak berdaftar di bawah Akta Pertubuhan 1966. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Institusi/Organisasi |
HADZRAMI A.R. | HADZRAMI A.R. (1941 - ), penulis. Dia lahir pada bulan Disember 1941 di Pasir Mas, Kelantan. Nama penuhnya ialah Hadzrami bin HajI Abd. Rahman. Dalam penulisan, selain nama pena Hadzrami A.R., dia menggunakan nama Shamsul. Pendidikan awal Hadzrami A.R. ialah di Sekolah Arab Beris, Bachok dan kemudian di Sekolah Arab Ma‘ahad Muhammadi, Kota Bharu. Dari tahun 1958 hingga tahun 1963, dia menyambung pelajaran di Kolej Islam Malaya, Kelang. Pada tahun 1964, dia mengikuti kursus Mubaligh Islam di Darul Arqam, Kuala Lumpur. | SASTERA | Tokoh |