| LEMBAGA KEMAJUAN TANAH PERSEKUTUAN (FEDERAL LAND DEVELOPMENT AUTHORITY –FELDA) | | UMUM | |
| PERSATUAN PEMBANGUNAN ANTARABANGSA | Persatuan Pembangunan Antarabangsa (International Development Association–IDA) ialah organisasi dunia yang menyediakan pinjaman kepada negara sedang membangun untuk projek pembangunan. IDA ditubuhkan pada tahun 1960 untuk membantu negara sedang membangun yang memerlukan bantuan kewangan tetapi tidak mendapat kemudahan pinjaman wang yang mencukupi berasaskan syarat-syarat biasa. | UMUM | |
| ANTARABANGSA | Tabung Pembangunan Pertanian Antarabangsa (International Fund for Agricultural Development-IFAD) ialah agensi khas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. IFAD menyediakan bantuan kewangan untuk pertanian dan pembangunan luar bandar di negara-negara miskin yang menganggotai IFAD. Kebanyakan negara yang menganggotai Pertubuhan Bangsa- Bangsa Bersatu adalah anggota IFAD. IFAD membiayai projek yang menggalakkan peningkatan pengeluaran makanan di negara-negara membangun. Ia juga berusaha mengukuhkan dasar dan institusi pertanian negara-negara ini dan juga meningkatkan taraf pemakanan dan taraf hidup. IFAD ditubuhkan pada tahun 1977 dan beribu pejabat di Rom. | UMUM | |
| PERTUBUHAN PEMBANGUNAN INDUSTRI PERTUBUHAN BANGSA-BANGSA BERSATU | Pertubuhan Pembangunan Industri Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNIDO–United Nations Industrial Development Organization) ialah agensi khas Pertubuhan Bangsa- Bangsa Bersatu (PBB) yang menggalakkan perindustrian di negara membangun. | UMUM | |
| GETAH (RISDA) | Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Getah (RISDA) ialah agensi berkanun yang bertanggungjawab terhadap rancangan penanaman semula getah. RISDA adalah singkatan Rubber Industry Smallholder’s Development Authority atau Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Getah. RISDA ditubuhkan pada 1 Januari 1973 di bawah Undang-undang Malaysia (85) 1972, Akta Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah. Sebelum itu, ia dikenali dengan nama Lembaga Perusahaan Tanam Semula Getah (LPTSG) yang terletak di bawah bidang kuasa Kementerian Perusahaan Utama. Pada tahun 1978, RISDA diletakkan di bawah Kementerian Kemajuan Tanah dan Wilayah. Manakala pada tahun 1992, pentadbirannya diletakkan di bawah Kementerian Pembangunan Luar Bandar. | UMUM | |
| PERBADANAN PEMBANGUNAN BANDAR (UDA) | Perbadanan Pembangunan Bandar (UDA) ialah badan berkanun di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan. Badan ini lebih dikenali sebagai UDA iaitu singkatan daripada Urban Development Authority. UDA berfungsi sebagai pelaksana dasar-dasar kerajaan bagi menyusun semula masyarakat selaras dengan Dasar Ekonomi Baru (DEB) melalui pembangunan dan penyusunan semula bandar. | UMUM | |
| RIDA | RIDA, lembaga ekonomi untuk membantu masyarakat luar bandar. RIDA ialah singkatan Rural Industrial Development Authority atau Lembaga Kemajuan dan Perusahaan Kampung. RIDA ditubuhkan pada bulan November 1950 oleh British. RIDA ditubuhkan hasil desakan Dato’ Onn Jaafar, sebagai satu tukar ganti bagi memujuk orang Melayu melonggarkan kerakyatan jus soli kepada bukan Melayu pada tahun 1951. Dalam pindaan kepada Perlembagaan Persekutuan 1948 mengenai Kerakyatan Persekutuan, orang bukan Melayu yang lahir di negeri-negeri Melayu daripada keturunan yang telah menjadi rakyat raja-raja Melayu, diterima sebagai rakyat raja. Sebagai balasannya, British bersetuju menjadikan bantuan ekonomi kepada orang Melayu sebagai satu dasar pentadbiran Persekutuan Tanah Melayu. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Institusi/Organisasi |
| PERBADANAN KEMAJUAN GETAH MALAYSIA (MARDEC) | Perbadanan Kemajuan Getah Malaysia (MARDEC) ialah agensi milik kerajaan yang bertanggungjawab mempertingkatkan kualiti pengeluaran dan pemasaran getah. Perbadanan ini lebih dikenali sebagai MARDEC iaitu singkatan daripada Malaysian Rubber Development Corporation. | UMUM | |
| PEMBANGUNAN EKONOMI | Pertubuhan bagi Kerjasama dan Pembangunan Ekonomi ialah persatuan 25 buah negara di Eropah Barat, Amerika Utara, dan kawasan Pasifik. Organisasi ini dikenali sebagai OECD ( Organization for Economic Cooperation and Development ) berfungsi untuk menggalakkan ekonomi dan kebajikan sosial negara anggota, dan menyelaraskan usaha untuk membantu negara- negara membangun. | UMUM | |
| AGENSI ANGKASA LEPAS EROPAH (ESA), | Agensi Angkasa Lepas Eropah (ESA), menggalakkan kerjasama dalam program angkasa lepas dalam kalangan negara Eropah Barat. Agensi ini ditubuhkan pada tahun 1975 melalui gabungan Organisasi Pembangunan Pelancar Eropah (European Launcher Development Organization) dan Organisasi Penyelidikan Angkasa Lepas Eropah (ESRO). Anggota ESA terdiri daripada Austria, Belgium, Denmark, Perancis, Jerman, Ireland, Itali, Belanda, Norway, Sepanyol, Sweden, Switzerland dan United Kingdom. Kanada dan Finland menjadi anggota bersekutu. | UMUM | |