Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SKUASY

Skuasy, juga dikenali sebagai raket skuasy,

sejenis permainan yang dimainkan di dalam

dewan, yang menyerupai permainan bola baling.

Namun demikian, skuasy dimainkan dengan

menggunakan raket dan sebiji bola getah hitam

yang lompong dan keras, hampir sebesar bola golf.

Pemain akan menggunakan raket untuk memukul

bola ke empat-empat dinding gelanggang.

Berbagai-bagai gaya pukulan boleh dilakukan, dan

bola bergerak dengan amat pantas. Ramai orang

bermain skuasy sebagai riadah dan untuk

kesihatan. Tetapi permainan ini juga merupakan

suatu jenis sukan tandingan yang serius dan

menyeronokkan.

UMUM 
MENARA LOCENG

Menara loceng, dalam bahasa Inggeris disebut

campanile. Istilah ini berasal daripada perkataan Itali

yang bermaksud loceng. Kebanyakan menara

loceng terdapat di Itali. Bentuk menara biasanya

segi empat tetapi ada juga yang berbentuk bulat.

Sebahagian besarnya dibina di atas struktur yang

berasingan, tetapi ada yang disambungkan pada

gereja. Loceng di menara ini berfungsi untuk

memanggil orang bersembahyang. Menara serupa

ini juga didirikan di dewan bandar raya yang

berfungsi sebagai menara pengawal dan struktur

yang menjadi kebanggaan orang ramai.

UMUM 

Kembali ke atas