| DUNIA KETIGA | Dunia Ketiga ialah nama yang kadangkala diberikan kepada negara yang sedang membangun dari segi ekonomi, terutamanya negara di benua Asia, Afrika, dan Amerika Latin. | UMUM | |
| KALIMANTAN | Kalimantan ialah pulau ketiga terbesar di dunia, yang terletak di bahagian Borneo Indonesia. | UMUM | |
| AMERIKA UTARA | Amerika Utara, benua ketiga terbesar di dunia selepas benua Asia dan Afrika. Ia menganjur dari Lautan Artik di utara ke Amerika Selatan di selatan. Amerika Utara mempunyai bilangan penduduk yang keempat teramai di dunia selepas Asia, Afrika, dan Eropah. | UMUM | |
| SUNGAI YANGTZE | Sungai Yangtze, juga disebut Yangtze Kiang ialah sungai yang ketiga terpanjang di dunia dan yang terpanjang serta terpenting di China. Bagi kebanyakan penduduk China, Sungai Yangtze dikenali sebagai Chang Jiang, atau sungai panjang. Sungai ini berpunca dari Pergunungan Tanggula di Wilayah Qinghai, kira-kira 4880 meter di atas aras laut. Sungai itu mengalir ke timur, tenggara, dan kemudian ke selatan ke provinsi Yunan. Dari sini ia mengalir ke timur laut menyeberangi provinsi Sichuan (Szechwan), kemudian mengalir mengikut haluan yang tidak tetap ke timur melalui bahagian tengah China dan memasuki Laut China Timur, 6300 kilometer dari puncanya. Sungai Yangtze dan cabang sungainya mengairi kawasan seluas kira-kira 1 829 000 kilometer persegi. | UMUM | |
| NAURU | Nauru ialah negara pulau kecil di tengah Lautan Pasifik. Keluasannya hanya 21 kilometer persegi. Nauru ialah negara yang ketiga terkecil di dunia selepas Vatican City dan Monaco. Nauru kaya dengan fosfat – bahan kimia berharga yang digunakan untuk membuat baja tiruan. Eksport fosfat merupakan sebahagian besar pendapatan Nauru . | UMUM | |
| AMERIKA SYARIKAT | Amerika Syarikat ialah negara yang ketiga terbesar di dunia dari segi jumlah penduduk dan yang keempat terbesar dari segi luas kawasan. Hanya China dan India mempunyai jumlah penduduk yang lebih ramai daripada Amerika Syarikat. Hanya Rusia, Kanada dan China mempunyai kawasan yang lebih luas daripada Amerika Syarikat. Amerika Syarikat meliputi keseluruhan bahagian tengah Amerika Utara. Negara ini bermula dari Lautan Atlantik di timur hingga ke Lautan Pasifik di barat. Amerika Syarikat termasuklah Alaska yang terletak di barat laut Amerika Utara, dan Hawaii yang terletak jauh di Lautan Pasifik. Dalam bahasa Inggeris, Amerika Syarikat sering dikenali sebagai U.S ., U.S.A ., atau America . | UMUM | |
| SIKKIM | Sikkim ialah negeri yang terletak di timur laut India. Ia terbentang di bahagian timur Himalaya. Di sinilah terletaknya gunung yang tertinggi di India dan yang ketiga tertinggi di dunia, iaitu Gunung Kanchenjunga. Sikkim ialah negeri kedua terkecil di India. | UMUM | |
| AL-HIDAYAH | AL-HIDAYAH, malah umum ketiga tertua diterbitkan sebelum Perang Dunia Kedua di Kota Bharu, Kelantan. | SASTERA | Konsep |
| MAGSAYSAY, RAMÓN | Magsaysay, Ramón (1907–1957) ialah presiden Filipina yang ketiga (1953–1957). Magsaysay lahir di Iba, Zambales, provinsi di pantai barat Pulau Luzon. Bapanya ialah guru tukang kayu. Magsaysay mendapat pendidikan di maktab swasta di Manila. Dia bekerja dengan syarikat bas sehingga tahun 1941, apabila Filipina terlibat dalam Perang Dunia II. | UMUM | |
| BORNEO | Borneo ialah pulau yang ketiga terbesar di dunia. Hanya Greenland dan New Guinea lebih besar daripadanya. Borneo terletak kira-kira 640 kilometer timur Singapura. Kira-kira satu perempat bahagian daripada Borneo terdiri daripada Brunei dan sebahagian Malaysia. Kira-kira tiga per empat bahagiannya adalah sebahagian daripada Republik Indonesia (lihat Indonesia [peta]). | UMUM | |