Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata Dz


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SORI SIREGAR

DZ">SORI SIREGARDZ"> (1939-     ), penulis Indonesia.  Dia lahir pada 12 November 1939, di Medan, Indonesia.  Nama sebenarnya ialah Seri Sutan Sirovi Siregar.  Dia mendapat pendidikan Sekolah Menengah Atas (SMA) pada tahun 1959 dan kemudian melanjutkan pelajaran ke Pendidikan Pegawai Staf Departemen Penerangan Tingkat Atas di Medan.

DZ">            Sori pernah bertugas sebagai editor Waspada Teruna  dan Duta Minggu di Medan, dan majalah Zaman dan Eksekutif di Jakarta.  Sori menulis cerpen sejak tahun 1960.  Kebanyakan cerpennya tersiar dalam akhbar dan majalah seperti Sastera, Horison, Budaya Jaya, Selecta, Kartini, Femina, Famili, Dewi, Sinar Harapan dan Kompas.  Sori juga menyumbang tulisan kepada Dewan Sastera dan Dewan Masyarakat di Malaysia.

SASTERATokoh
SITI ROHANA KUDUS

DZ">SITI ROHANA KUDUSDZ"> DZ">(1884-1972), pengasas Kerajinan Amai Setia, sebuah perkumpulan wanita yang pertama di Sumatera Barat , Indonesia.  Dia lahir pada 20 Disember 1884 di Kota Gadang, Bukittinggi, Sumatera, Indonesia.  Nama sebenarnya ialah Siti Rohana binti Muhammad Rasjad gelar Maharaja Sutan.  Dia lebih dikenal dengan nama Rohana Kudus, iaitu cantuman nama suaminya, Abdul Kudus.  Dia adalah kakak kepada Sutan Syahrir,  tokoh nasionalis Indonesia.  Rohana Kudus menerima pendidikan awalnya secara tidak rasmi daripada guru dan ibu angkatnya, Adiesa, isteri seorang jaksa di Alahan Panjang.  Adiesa mengajarnya mengaji al-Qur’an, membaca dan menulis Jawi dan Rumi.

SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
SOENTING MELAJOEDZ; mso-fareast-font-family: 'Times New Roman'; mso-fareast-language: EN-US">

SOENTING MELAJOE, akhbar mingguan wanita pertama diterbitkan di Sumatera Barat, Indonesia.  Akhbar ini mula terbit pada 10 Januari 1912 di Padang.  Penerbit dan pencetaknya ialah Snelpersdrukkerij Orang Alam Minangkerbau.  Pemilik percetakan ini ialah Mahyuddin gelar Datuk Sutan Maharaja, seorang yang cergas dalam bidang kewartawanan dan penerbitan akhbar di Sumatera Barat.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIPenerbitan
SLAMET KIRNANTO

DZ" lang=MS>SLAMET KIRNANTODZ" lang=MS> (1941-           ), penulis dan penyair Indonesia.  Dia lahir pada 3 Mac 1941 di Solo, Jawa Tengah, Indonesia.  Dia mendapat pendidikan awal di Sekolah Dasar Muhammadiyah I (tamat 1959), Sekolah Menengah Pertama Negeri III (tamat 1960) dan Sekolah Menengah Atas Negeri III (tamat 1963) di Solo.  Pada tahun 1963, dia melanjutkan pelajarannya di Fakultas Sastra, Universitas Indonesia, Jakarta dalam jurusan Sejarah Asia Tenggara.

SASTERATokoh
SUGI

DZ">SUGIDZ">, alat yang digunakan untuk mencungkil atau membersihkan sisa makanan yang terselit di celah-celah gigi ataupun yang terbenam di dalam lubang gigi yang berkawah.

BUDAYAAlat/Alatan
SUBANG

DZ">SUBANGDZ">, perhiasan telinga yang lazimnya dipakai oleh golongan wanita.  Subang diperbuat daripada pelbagai bahan dan dipakai di kedua-dua belah cuping telinga.  Di kalangan masyarakat Melayu, subang juga disebut sebagai anting-anting, gelinya dan kerabu sunting.  Subang merupakan salah satu perhiasan yang dipakai sejak zaman primitif.  Sehingga kini, masih terdapat kaum lelaki suku kaum etnik di merata dunia memakai subang.

BUDAYAPakaian
SUARA

DZ">SUARADZ">, kumpulan puisi Toto Sudarto Bachtiar.  Kumpulan puisi ini pertama kali diterbitkan pada tahun 1956, dan diulang cetak pada tahun 1962 dan 1977.  Suara memuatkan sebanyak 43 buah puisi yang ditulisnya antara tahun 1950 hingga tahun 1955.

SASTERAKarya
SONGKET

DZ">SONGKETDZ">, sejenis tenunan yang menggunakan benang emas.  Menurut orang Palembang, perkataan songket berasal; daripada perkataan `songko’ yang bermaksud penggunaan benang emas untuk menghias songkok.  Ada juga pendapat yang mengatakan bahawa perkataan songket diambil daripada perkataan `nyungkit’.  Nyungkit atau menyungkit bererti menghasilkan ragam hias pada sehelai kain dengan melalukan benang loseng yang telah diikat di celah-celah lidi dan kemudiannya mengeluarkan lidi-lidi itu daripada benang tersebut.

BUDAYAPakaian
SOMPOTON

DZ">SOMPOTONDZ">, alat muzik tiupan yang dimainkan oleh semua kaum bumiputera Sabah, khususnya kaum Dusun Kadazan dan Murut.  Selain di Malaysia, sompoton juga boleh didapati di negara-negara Asia Tenggara seperti Indonesia dan Filipina serta negara lain seperti Laos dan Taiwan.

BUDAYAAlat/Alatan
SONGKOK

DZ">SONGKOKDZ">, pakaian kepala untuk orang lelaki.  Kebanyakan songkok diperbuat daripada kain baldu pelbagai warna dan kadang-kadang berkilat.  Songkok berbentuk bujur dan terdapat dalam pelbagai saiz.

BUDAYAPakaian
1234

Kembali ke atas