TALLINN | Tallinn (pend. 458 000) ialah ibu negara dan bandar terbesar di Estonia. Ia terletak di bahagian pantai utara Estonia, sepanjang Teluk Finland. Untuk lokasi, lihat Estonia (peta). | UMUM | |
ESTONIA | Estonia ialah sebuah negara Eropah yang mendapat kemerdekaannya semula pada tahun 1991, iaitu selepas hampir 50 tahun menjadi negeri Kesatuan Soviet secara paksa. | UMUM | |
NEGARA-NEGARA BALTIK | Negara-negara Baltik terdiri daripada negara Estonia , Latvia dan Lithuania. Ketiga-tiga negara ini merdeka dari tahun 1918 hingga tahun 1940, apabila negara-negara ini dirampas oleh Kesatuan Soviet dan dijadikan republik Soviet. Pada tahun 1991, setiap negara itu berpecah dari Kesatuan Soviet dan mencapai kemerdekaan semula. | UMUM | |
TASIK PEIPUS | Tasik Peipus ialah kawasan air di sempadan di antara Estonia dengan Rusia. Untuk lokasi, lihat Rusia (peta rupa bumi). Panjangnya ialah 150 kilometer dan meliputi kawasan seluas 3626 kilometer persegi. Semasa Perang Dunia II, kawasan tasik ini menjadi tempat pertempuran sengit antara tentera Jerman dengan tentera Kesatuan Soviet semasa pengepungan Leningrad (kini St. Petersburg). | UMUM | |
SYAL MINYAK | Syal minyak ialah batu endapan yang lembut dan berbutir halus. Daripada syal minyak diperoleh minyak dan gas asli. Syal minyak terdiri daripada lapisan kelodak berwarna coklat muda dan lapisan kerogen yang lebih gelap, iaitu bahan organik berlilin yang berasal daripada tinggalan alga biru-hijau dan jirim hidup yang lain. Mendapan batu syal yang banyak terdapat di selatan Brazil, timur laut China, Estonia, Sweden, dan Amerika Syarikat. | UMUM | |