RADIO FREE EUROPE/RADIO LIBERTY (RFE/RL) | | UMUM | |
PERSIDANGAN KESELAMATAN DAN KERJASAMA DI EROPAH | Persidangan Keselamatan dan Kerjasama di Eropah (Conference on Security and Cooperation in Europe – CSCE) ialah siri persidangan yang diadakan untuk meningkatkan kerjasama di antara negara-negara Timur dengan Barat Eropah. Sehingga akhir tahun 1991, peserta persidangan ini ialah Kesatuan Soviet dan semua negara di Eropah, termasuk Amerika Syarikat dan Kanada. Pada tahun 1991, Kesatuan Soviet berpecah dan menjadi beberapa buah negara yang merdeka. Sejak itu, Rusia menduduki kerusi Kesatuan Soviet, dan negeri- negeri yang dahulunya bernaung di bawah Kesatuan Soviet juga telah menyertai CSCE. Sebahagian daripada negara-negara tersebut adalah di Asia Barat dan Asia Tengah. Kini, kira-kira 50 buah negara secara rasmi menyertai CSCE. | UMUM | |
PERSETIAAN HELSINKI | Persetiaan Helsinki adalah beberapa persetujuan antarabangsa yang dicapai hasil daripada Persidangan bagi Keselamatan dan Kerjasama in Eropah (Conference on Security and Cooperation di Europe – CSCE) pada tahun 1970-an dan tahun 1980- an. Persetiaan pertama dan paling penting dicapai bagi meningkatkan kerjasama antara negara-negara Eropah Timur dengan Eropah Barat. Persetujuan utama ditandatangani di Helsinki, Finland pada 1 Ogos 1975 oleh Kanada, Amerika Syarikat, Kesatuan Soviet, dan 32 anggota lain dalam CSCE yang hampir keseluruhannya adalah negara-negara Eropah. | UMUM | |
KOTLER, PHILIP | Kotler, Philip (1931- ), pakar dalam bidang pemasaran strategik dan pemasaran sosial oleh Management Centre Europe. | EKONOMI DAN PENGURUSAN | Tokoh |
NOVALIS | Novalis (1772–1801) ialah nama pena Friedrich von Hardenberg, penyair romantik Jerman. Lima buah puisi oleh Novalis, yang berjudul Hymns to the Night (1800), menerangkan kealiman, sifat mistik, dan harapannya untuk menemui ajal. Dalam esei Christianity or Europe (1799), Novalis cuba menunjukkan bahawa manusia menjalani kehidupan yang lebih bermakna dalam kesatuan spiritual Zaman Pertengahan Katolik daripada zamannya. Ini menjadi tema romantisisme Jerman. Dia meninggal dunia sebelum menghabiskan novelnya, Heinrich von Ofterdingen. | UMUM | |