G | | UMUM | |
HEGEL, G.W.F. | | UMUM | |
CHESTERTON, G.K. | | UMUM | |
CURTIS, CHARLES G . | | UMUM | |
TAYLOR, G.A. | Taylor, G.A. (1872–1928) ialah juruterbang dan juruteknik perintis Australia yang dianggap oleh ramai ahli sejarah sebagai orang yang melakukan penerbangan pertama di Australia. Dia membuat penerbangan tersebut pada tahun 1909 di Narrabeen, Sydney, dengan sebuah pesawat udara peluncur yang dibinanya. Pada awal tahun 1900-an, dia cuba mencari-cari prinsip-prinsip penerbangan, dan pada tahun 1908, dia mula membina serangkaian layang-layang kotak. Pada tahun berikutnya, dia menubuhkan Aerial League dan dari sinilah gerakan kelab penerbangan Australia berkembang. Pada tahun 1910 dan tahun 1911, Taylor berjaya memancarkan mesej radio dari sebuah kereta api yang bergerak ke kereta api lain. George Augustine Taylor lahir di Sydney. | UMUM | |
PUJANG G A | Pujang g a ialah penyair zaman dahulu. Pujangga yang paling masyhur tinggal di Kawasan Celt seperti Ireland, Scotland, dan Wales pada Zaman Pertengahan. Mereka merupakan penyair profesional yang bersyair tentang wira negara, biasanya mempersendakan mereka melalui satira. Pada umumnya pujangga bersyair dengan iringan hap atau alat muzik bertali yang lain. Mereka menurunkan bahan mereka daripada seorang pujangga kepada seorang pujangga yang lain. Pujangga menggunakan teknik puisi seperti aliterasi dan rima dalaman. Menjelang tahun 1700- an, pujangga Celt tidak lagi merupakan tokoh budaya yang utama. Tradisi pujangga kini hanya dapat bertahan dalam pesta rakyat, seperti eisteddfod di Wales. | UMUM | |
HOPKINS, SIR FREDERICK G. | | UMUM | |
LARAS BAHASA | LARAS BAHASA, ciri gaya penceritaan dalam bahasa baku yang digunakan untuk sesuatu jenis bidang. Ciri-ciri itulah yang membolehkan kita dapat menjangka apa yang menjadi topik utama sesuatu teks sebaik-baik kita membaca ayat pertama. Sebagai contoh, jikalau ayat pertama berbunyi ‘Alkisah, pada suatu masa di zaman dahulu....’, kita terus dapat meneka dengan tepat bahawa apa yang akan kita baca selanjutnya ialah sebuah cerita lama. Ayat seperti itu tidak digunakan untuk teks-teks lain. Laras ialah unsur bahasa, bukan unsur makna. Maksudnya, makna yang sama boleh diungkapkan dalam beberapa laras. Sebagai contoh, topik tentang penyakit kolera boleh diterangkan dalam laras teknikal atau laras umum tanpa mengubah makna yang asal. Satu contoh lagi ialah topik agama boleh diterangkan dengan menggunakan laras agama atau laras umum. | BAHASA | Bahasa |
LEMBAGA | LEMBAGA, badan yang dibentuk oleh masyarakat Melayu adat perpatih. Lembaga terbentuk oleh kehadiran pelbagai jenis hak, tanggungjawab serta peranan dalam masyarakat. Dalam sistem kepimpinan tradisional adat perpatih, Lembaga ialah ketua kelompok kekerabatan yang bernama suku. Kedudukan ini juga merujuk beberapa ‘badan’ lain yang terdapat dalam pelbagai tingkat pentadbiran tradisional hukum adat perpatih seperti badan yang melantik atau mengesahkan serta membantu Undang yang dikenal sebagai Lembaga Tiang Balai. | BUDAYA | Adat |
LENGGONG | LENGGONG, kawasan petempatan yang terawal di Semenanjung Malaysia sejak 34 000 tahun dahulu. Lenggong terletak di daerah Hulu Perak dan merupakan sebuah lembah yang dikelilingi oleh bukit-bukau. Sungai Perak mengairi kawasan ini. Di lembah ini terdapat lapan kompleks batu kapur serta beberapa kawasan terbuka yang penting yang telah membuktikan bahawa kawasan ini telah didiami orang sejak 34 000 tahun dahulu. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Bandar/Negeri/Negara/Tempat |