Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata GAPENA


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
GAPENA (GABUNGAN PERSATUAN PENULIS NASIONAL) UMUM 
GAPENA

GAPENA, gabungan persatuan-persatuan penulis. Gapena ADALAH SINGKATAN DARIPADA Gabungan Persatuan Penulis Nasional Malaysia. GAPENA ditubuhkan di Kuala Lumpur pada 23 Oktober 1970.

SASTERAAlat/Alatan
HADIAH NOVEL GAPENA-YAYASAN SABAH

HADIAH NOVEL GAPENA-YAYASAN SABAH, peraduan menulis novel. Peraduan ini merupakan salah satu kegiatan GAPENA menerusi pertandingan menulis novel selepas sayembara menulis novel ESSO-GAPENA. Ia dilancarkan pada hari Ahad, 5 Mac 1978, di Hotel Merlin, Kuala Lumpur. Setiap para peserta diberi tempoh satu tahun bagi menyerahkan manuskrip yang telah disiapkan. Ini bermakna tarikh akhir bagi menyerahkan naskhah ialah pada 5 Mac 1979, genap satu tahun selepas pelancarannya. Keputusan diumumkan sekitar bulan Ogos 1979 sempena Mesyuarat Agung GAPENA ke-8.

SASTERAAnugerah/Hadiah
HADIAH CERPEN ESSO-GAPENA UMUM 
GABUNGAN PERSATUAN PENULIS NASIONAL (GAPENA)Gabungan Persatuan Penulis Nasional - persatuan penulis.SASTERAKegiatan
HARI-HARI TERAKHIR SEORANG SENIMANNovel pertama karya Anwar Ridhwan. Novel ini memenangi “Hadiah Novel Gapena-Yayasan Sabah” yang diadakan pada tahun 1979. Kemudian novel ini diterbirkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka pada tahun 1979.SASTERAKarya
SAYEMBARA

SAYEMBARA, buku kumpulan cerpen yang terhasil daripada sayembara atau peraduan Hadiah Cerpen ESSO-GAPENA yang diadakan pada setiap tahun semenjak tahun 1979.  Sayembara diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka, mulai tahun 1980 sehinggalah Sayembara IX yang terbit pada tahun 1995.  Kumpulan cerpen ini penting kerana ia dapat memberikan gambaran tentang perkembangan dan mutu penulisan cerpen Melayu semasa.

SASTERAKegiatan
PENTAS OPERA

PENTAS OPERA, drama 13 babak karya Zakaria Ariffin.  Drama ini memenangi hadiah kedua dalam Pertandingan Hadiah Drama ESSO-GAPENA II pada tahun 1988/89, dan dipentaskan buat pertama kalinya di Balai Budaya, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) pada tahun 1989 oleh anggota Badan Budaya DBP.  Zakaria bertindak sebagai pengarah.

BUDAYADrama/Filem/Teater/Persembahan
QAFQAF, kumpulan puisi Moechtar Awang. Qaf diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka pada tahun 1985.  Qaf memenangi hadiah penghargaan Anugerah Puisi Putera II pada tahun 1983, anjuran Gabungan Persatuan Penulis Nasional Malaysia (GAPENA) tajaan Bank Bumiputra Malaysia Berhad.SASTERAKarya
HADIAH NOVEL DARUL IMAN

HADIAH NOVEL DARUL IMAN, peraduan mengarang novel berunsur Islam. Peraduan ini ditaja oleh kerajaan negeri Terengganu dan diselenggarakan bersama oleh Persatuan Sasterawan Terengganu (PELITA) dengan Gabungan Persatuan Penulis Nasional Malaysia (GAPENA). Peraduan ini dilancarkan pada 20 April 1981 dengan menawarkan anugerah dan hadiah utama bernilai RM15 000; RM5000; dan RM5000.

SASTERAAnugerah/Hadiah
12

Kembali ke atas