Perjanjian Am ke atas Tarif dan Perdagangan (General Agreement on Tariffs and Trade [GATT]) ialah satu perjanjian pelbagai hala yang bertujuan untuk menggalakkan perdagangan di kalangan ahlinya. Lebih kurang 120 negara menyumbang kepadanya. GATT menyediakan forum untuk membincangkan halangan perdagangan dan pertikaian berkaitan perdagangan, serta tatakelakuan bagi ahlinya, atau pihak pekontrak . Beberapa negara pertama kali menandatangani perjanjian ini pada tahun 1947, dan ia telah menjadi perjanjian antarabangsa yang utama bagi perdagangan dunia. |