MAMLUK, KERAJAAN | <b>Mamluk, Kerajaan b>(648 H.–923 H./1250 M.–1517 M). Kerajaan ini diasaskan oleh golongan Mamalik, untuk menggantikan kerajaan Ayyubiyyah. | UMUM | Umum |
ORANG-ORANG BESAR | <B style="mso-bidi-font-weight: normal">ORANG-ORANG BESARB>, gelaran untuk golongan bangsawan. Dalam masyarakat Melayu tradisional, golongan bangsawan (pembesar Melayu) dianggap sebagai satu kelas sosial di negeri-negeri Melayu. Golongan pemerintah dan golongan rakyat dianggap sebagai satu unsur asas bagi struktur politik dan sosial Melayu. Orang-orang besar dibezakan secara jelas di hampir semua kawasan petempatan Melayu berdasarkan keturunan dan ikatan perkahwinan. Justeru itu, amat sukar bagi rakyat biasa bertukar taraf menjadi golongan pemerintah di daerah yang latar belakang keluarganya telah dikenali ramai. Rakyat biasa lazimnya berasa rendah diri dan menggunakan bahasa yang halus serta membongkokkan badan sebagai tanda hormat, apabila berhadapan dengan orang-orang besar. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Jawatan/Gelaran |
KA‘B IBN MALIK ( ?–50 H. / ?–670 M.) | Ka‘b ibn Malik ( ?–50 H. / ?–670 M.), sahabat nabi daripada golongan Ansar daripada Bani Khazraj di Madinah. Dia ialah salah seorang yang terlibat dalam Bai`ah al-Aqabah yang kedua yang mana dia sendiri memberi Bai`ah kepada Rasulullah SAW. | UMUM | |
KAUM MUDA-KAUM TUA | <B style="mso-bidi-font-weight: normal">KAUM MUDA-KAUM TUAB>, dua garis fahaman keagamaan di Nusantara. Golongan Kaum Muda-Kaum Tua di Nusantara muncul pada dasawarsa pertama abad ke-20. Golongan Kaum Tua berpegang pada pemikiran dan amalan tradisional dan golongan Kaum Muda pula menginginkan pembaharuan yang tidak dikongkong oleh tradisi yang ada dari sudut permasalahan agama. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Institusi/Organisasi |
CHESA | <B style="mso-bidi-font-weight: normal">Chesa B>ialah upacara penyembahan nenek moyang mengikut amalan Konfusianisme di Korea. Penyembahan ini merupakan penghormatan golongan muda terhadap golongan nenek moyang. | BUDAYA | Perayaan/Upacara |
PERANAKAN | <B style="mso-bidi-font-weight: normal">PERANAKANB>, keturunan daripada hasil perkahwinan antara orang tempatan dengan orang asing. Masyarakat Peranakan dirujuk kepada orang Serani, kaum Baba Peranakan, kaum Ceti dan golongan Jawi Peranakan. Golongan ini dipercayai telah ada semenjak abad ke-15 dan abad ke-16. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Bangsa/Suku/Kaum |
GERAKAN ISLAH AWAL DI ASIA TENGGARA | <B style="mso-bidi-font-weight: normal">GERAKAN ISLAH DI ASIA TENGGARA, B>gerakan pembaharuan Islam yang dipelopori oleh beberapa orang tokoh ulama yang memperjuangkan mazhab Syafie. Gerakan ini cuba menghapuskan aliran tradisional mazhabiyah, iaitu golongan yang berpegang kepada empat mazhab iaitu Mazhab Hanafi, Hambali, Maliki dan Syafie. Para pendukung gerakan ini digelar sebagai Kaum Muda oleh golongan tradisional, manakala golongan tradisional pula menggelar diri mereka sebagai Kaum Tua. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Institusi/Organisasi |
SYAIR SITI ZUBAIDAH PERANG CHINA | <B style="mso-bidi-font-weight: normal">SYAIR SITI ZUBAIDAH PERANG CHINAB>, puisi Melayu tradisional. Syair ini ditulis dengan menggunakan tulisan Jawi dan popular di kalangan masyarakat Melayu seluruh Nusantara. Syair naratif yang tidak diketahui nama pengarangnya ini dikarang oleh seseorang yang rapat dengan suasana kehidupan golongan istana, cara hidup golongan bangsawan dan cara hidup rakyat biasa yang mementingkan agama. | SASTERA | Konsep |
SASTERA REMAJA | <B style="mso-bidi-font-weight: normal">SASTERA REMAJAB>, bentuk sastera Melayu yang dihasilkan bagi golongan pembaca yang berusia antara 12 tahun hingga 20 tahun. Golongan remaja ini pula boleh dikelompokkan kepada tiga kelompok usia iaitu awal remaja (berusia antara 12 – 15 tahun), pertengahan remaja (berusia antara 15 – 18 tahun) dan akhir remaja (berusia antara 18 – 20 tahun). | SASTERA | Konsep |
ORANG KAYA | <B>ORANG KAYAB>, gelaran untuk golongan bangsawan. Dalam budaya Melayu, ‘kaya’ memberi maksud kemewahan yang berkaitan rapat dengan kuasa. Perkataan ‘orang kaya’ seringkali digunakan sebagai gelaran untuk golongan bangsawan seperti Orang Kaya Laksamana. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Jawatan/Gelaran |