Perbadanan Industri Berat Malaysia
(HICOM) ialah agensi yang bertanggungjawab
dalam penyelidikan dan pembangunan (R&D)
yang berkaitan dengan industri berat. HICOM
ditubuhkan pada tahun 1982. Menerusi syarikat
bersekutunya, Perusahaan Otomobil Nasional
Berhad (PROTON), HICOM menjadi pengeluar
pertama kereta nasional Malaysia.