Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata Hamid


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
HAMID JABBAR SASTERATokoh
ABU HAMID AL-GHAZZALIY

Abu Hamid al-Ghazzaliy ialah pemidato Islam.

Nama sebenarnya ialah Muhammad ibn

Muhammad ibn Muhammad, Abu Hamid al-

Ghazzaliy. Dia lahir di Tus. Bapanya meninggal

dunia ketika dia masih kanak-kanak. Dia dipelihara

beberapa lama oleh seorang sufi yang telah

diwasiatkan oleh bapanya. Selepas itu, dia

diletakkan di institusi kebajikan untuk tinggal dan

belajar di situ. Kemudian, dia pergi ke Naysabur

untuk mempelajari ilmu tasawuf dengan Imam al-

Faramidi. Di samping itu, dia  belajar ilmu fikah

dan ilmu kalam dengan Imam al-Haramayn.

Kemudian dia menyertai Majlis Diraja di bawah

pemerintahan menteri Saljuk tahun 478 H. (1085

M.), dan kekal di situ selama enam tahun. Kemudian

dia dipilih oleh menteri menjadi ustaz di Baghdad.

Dia mengajar di situ selama empat tahun (484 H.–488

H.). Ketika tempoh tersebut dia mengalami keraguan

tentang ilmu falsafah dan telah mengarang dua

buah buku yang berjudul: Maqasid al-Falasifah ,

yang mengemukakan falsafah al-Farabiy dan Ibn

Sina. Buku kedua berjudul Tahafut al-Falasifah , yang

mengkritik tentang falsafah al-Farabiy dan Ibn Sina.

Dia telah meninggalkan Baghdad, dan menjalani

kehidupan zuhud selama 10 tahun. Kemudian, dia

mengajar semula di Naysabur. Selepas tahun 500 H./

1106 M., dia berhenti mengajar sehinggalah hari

kematiannya.

UMUM 
ABDUL HAMID HAJI OMAR, TUN

Abdul Hamid Haji Omar, Tun (1929-   ), Ketua Hakim Negara (1988–1994). Beliau dilahirkan pada 25 Mac 1929 di Kuala Perlis. Abdul Hamid mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Kangar dan Kolej Sultan Abdul Hamid, Alor Setar, Kedah (1940). Beliau tidak dapat menamatkan pengajiannya kerana meletusnya Perang Dunia Kedua (1939-1945). Ketika zaman perang, Abdul Hamid berjaya menguasai bahasa Jepun.

UNDANG-UNDANGTokoh
ABDUL HAMID BIDIN, TAN SRI

Abdul Hamid Bidin, Tan Sri (1918-1996)

Ketua Turus Angkatan Tentera Malaysia yang

kedua (1969–1970). Dia mengetuai tentera Malaysia

yang berkhidmat di bawah Panji-panji Pertubuhan

Bangsa-Bangsa Bersatu di Congo pada bulan Mac

1962. Dia adalah antara kumpulan 17 yang menyertai

Perbarisan Kemenangan (Victory Parade) di

London. Abdul Hamid memulakan

perkhidmatannya daripada peringkat paling

rendah hingga berjaya menjadi Ketua Turus

Angkatan Tentera pada tahun 1969.

UMUM 
GHABID, HAMID AL- UMUM 
ABDUL HAMID MAHMOODABDUL HAMID MAHMOOD (1945-  ), ahli bahasa. Dia lahir di Kampung Dewan Beta, Kota Bharu, Kelantan.BAHASAKonsep
ABDUL HAMID JUMAT, DATO'ABDUL HAMID JUMAT, Dato’ (1916-1978), Presiden Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) Singapura (1953-1960).SEJARAH DAN ARKEOLOGIKonsep
ABDUL RAZAK HAMIDABDUL RAZAK HAMID (1925-    ), pendidik bahasa Melayu. Dia lahir di Kampung Baru, Pulau Pinang dan belajar di Sekolah Melayu Chowrasta, Pulau Pinang hingga Darjah Lima. BAHASAKonsep
TUNKU YAAKOP IBNI SULTAN ABDUL HAMIDTUNKU YAAKOP IBNI SULTAN ABDUL HAMID (1879-1990), pentadbir dan diplomat.  Dia lahir pada 27 Disember 1879 dan merupakan putera kelapan belas Sultan Abdul Hamid dengan Syarifah Fatimah binti Syed Idrus.SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
A. GHANI HAMIDA. GHANI HAMID (1933-  ), penulis dan pelukis Singapura.  Dia lahir pada 13 April 1933 di Kampung Singlap, Singapura.  Dia pernah memakai nama pena Kumbang Mas dalam penulisan cerpen.SASTERAKonsep
1234567

Kembali ke atas