Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : Kd, Pl, Pn bp awak, engkau (utk yg sama taraf): ~ ni nak melawak saja. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata Hang I

Puisi
 

Anak merbah di paya Tuk Barat,
     Pakai kain dua seragi;
Hang tak megah aku tak minat,
     Orang lain ramai lagi.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Hang tak kurang sanggul,
     aku tak kurang tengkolok.

Bermaksud :

Hilang satu ada lagi ganti yang lain (tentang lelaki dan perempuan).

 

Lihat selanjutnya...(3)


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
PINGAT HANG TUAHPINGAT HANG TUAH, pingat atau anugerah yang diberikan oleh kerajaan Malaysia kepada kanak-kanak yang berumur di bawah 18 tahun sebagai pengiktirafan kepada jasa dan keberanian mereka menyelamatkan nyawa orang lain dalam masa kecemasan. Anugerah ini diberikan setiap tahun sempena Hari Kanak-Kanak Sedunia. Jawatankuasa Pingat Hang Tuah dibentuk untuk memilih kanak-kanak yang layak menerima anugerah ini.BUDAYAAnugerah/Hadiah
HANG JEBAT UMUM 
HANG TUAH SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
HIKAYAT HANG TUAH UMUM 
KESULTANAN MELAYU

KESULTANAN MELAYU, institusi kerajaan bagi Ke­dah, Perak, Terengganu, Selangor, Kelantan, Perlis, Pa­hang dan Johor. Kerajaan pula ialah institusi pemerintahan bagi Negeri Sembilan.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIKesultanan/Kerajaan/Pemerintahan
BUKIT CHINA

BUKIT CHINA, kawasan yang pernah menjadi perkampungan rombongan puteri Hang Li Po yang diutus oleh Maharaja China pada zaman kegemilangan kerajaan Negeri Melaka, terletak di tengah-tengah bandar Melaka.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIBandar/Negeri/Negara/Tempat
AWANG SEMAUN

AWANG SEMAUN, tokoh legenda Brunei. Wataknya mucul melalui karya sastera  sejarah yang berjudul Syair Awang Semaun. Ketokohan Awang Semaun dalam masyarakat Melayu Brunei, dapat dibandingkan dengan ketokohan Hang Tuah bagi masyarakat Melayu amnya.

SASTERAKonsep
KAMPUNG HULU

KAMPUNG HULU,  kampung petempatan orang Melayu dan terletaknya Masjid Kampung Hulu. Kampung ini terletak di tengah-tengah bandar Melaka, terpisah dari Kampung Jawa dan Jalan Bunga Raya oleh Sungai Melaka. Kawasan kampung ini tidak luas iaitu dari Masjid Kampung Hulu hingga ke Dewan Hang Tuah. Sempadan di utaranya ialah Jalan Kubu.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIBandar/Negeri/Negara/Tempat
SULASTIN SUTRISNO

SULASTIN SUTRISNO (1924 – 1996), sarjana dan penyelidik kesusasteraan Indonesia.  Dia lahir pada 23 November 1924 di Kediri, Indonesia.  Setelah tamat persekolahan rendah, menengah dan tinggi antara tahun 1937 hingga tahun 1945, dia meneruskan pengajiannya di universiti dan memperoleh ijazah pertama pada tahun 1950.  Pada tahun 1959, Sulastin memperoleh ijazah Sarjana Sastera Timur dari Fakultas Sastera dan Kebudayaan, Universitas Gadjah Mada, Yogyakarta.  Pada tahun 1970, dia mengikuti kursus Penataran Bahasa Belanda di Universitas Indonesia, Jakarta.  Dari tahun 1972 hingga tahun 1974, dia melanjutkan pengajiannya dalam bahasa Belanda dan Ilmu Filologi, di Universiti Leiden, Belanda.  Dia dianugerahkan ijazah Doktor Falsafah dalam bidang kesusasteraan oleh Universitas Gadjah Mada pada tahun 1979.  Disertasinya yang berjudul <I style="mso-bidi-font-style: normal">Hikayat Hang Tuah: Analisa Struktur dan FungsiI> diterbitkan oleh Gadjah Mada University Press pada tahun 1983.  Dia dilantik sebagai Profesor Ilmu Filologi oleh Universitas Gadjah Mada pada tahun 1981 dan memegang jawatan Dekan di Fakultas Sastera universiti yang sama untuk beberapa tahun.

SASTERATokoh

Kembali ke atas