| MUGHNIY AL-LABIB | Mughniy al-Labib ialah kitab karya Ibn Hisyam al-Ansariy. Ia dianggap sebagai kitab nahu yang penting dan baik. Nama lengkap kitab ini ialah Mughniy al-Labib ‘an Kutub al-A’arib . Ibn Khaldun berkata: “Kami tidak pernah menjumpai seorang yang pakar dalam bidang nahu selepas Sibawayh melainkan Ibn Hisyam dan kami tidak pernah jumpa kitab yang lebih baik daripada kitab al- Mughniy”. | UMUM | |
| ABU JAHAL | Abu Jahal (? - ?), pemimpin kafir Quraisy daripada Bani Makhzum yang terkemuka dan kaya pada zaman Rasulullah SAW. Nama sebenarnya ialah Amru bin Hisyam bin al-Mughirah. | AGAMA | Tokoh |