Samos ialah pulau Yunani di Laut Aegean dan dipisahkan dari pinggir laut Turki oleh Selat Samos (lihat Greece [peta]). Samos meliputi kawasan seluas 476 kilometer persegi dan mempunyai penduduk seramai 31 629 orang. Ekonomi pulau ini bergantung pada pelancongan, pembuatan wain, dan pengeluaran keluaran hutan, tembakau serta anggur. Pelabuhan Vathi ialah ibu kotanya. Samos dahulunya merupakan sebahagian Yunani purba. Ia merupakan sebahagian daripada Empayar Uthmaniyyah dari pertengahan tahun 1400-an hingga tahun 1913, apabila dituntut semula oleh Greece selepas Perang Balkan Kedua. |