Mahmud II (1199 H.–1255 H./1784 M.–1839 M.) ialah Sultan Mahmud II putera Sultan Abdul Hamid I, salah seorang sultan kerajaan Uthmaniyyah. Baginda lahir di Islambul (sekarang digunakan nama Istanbul) dan menduduki takhta pemerintahan selepas abangnya, Sultan Mustafa IV pada tahun 1223 H./1808 M. Namanya dikaitkan dengan gerakan pembaikan dalaman bagi menyusun semula kerajaan dan memerangi gerakan reformasi di Najd yang diketuai oleh Imam Muhammad ibn Saud dan Muhammad ibn ‘Abd al- Wahhab lebih-lebih lagi apabila gerakan ini mampu menggabungkan Hijaz dan Ahsa dalam Kerajaan Pertama Saudi. Namanya juga dikaitkan dengan penyusunan tentera Turki dan menukarkannya kepada sistem ketenteraan yang teratur. Usaha penyusunan tentera ini selesai pada tahun 1241 H./1825 M. |