Salim III (1175–1223 H./1761–1808 M.), putera Sultan Mustapha III ibn Sultan Ahmad III. Baginda merupakan sultan ke-28 dalam salasilah Kesultanan Kerajaan Uthmaniyyah. Salim III menduduki takhta menggantikan bapa saudaranya Sultan Abdul Hamid I pada tahun 1203 H./1789 M. Sewaktu mengambil alih tampuk pemerintahan, keadaan negara agak huru-hara sehingga Rusia dan Austria menguasai kerajaan Uthmaniyyah sebanyak dua kali, iaitu sekitar tahun 1203 H./1789 M. Rusia juga menguasai bandar al-Hasinah yang terletak di tepi laut dan sebahagian besar negeri Aflaq, Baghdan (Molavia) dan Busarabia pada tahun 1205 H./1791 M. Persengketaan itu berakhir dengan perdamaian antara kedua-dua negara tersebut pada tahun 1206 H./1796 M. Akhirnya Rusia berkuasa di negeri al-Qaram dan sebahagian negeri Quban, Busarabia dan beberapa negeri lain. Bandar Otshakov juga diserahkan melalui Perjanjian Yash. |