TIRMIDHI, ABU ISA AL- | Tirmidhi, Abu Isa al- (209–279 H./824–892 M.), hafiz dan imam yang sangat berilmu dan bijak. Nama penuhnya ialah Muhammad ibn Isa ibn Sawrah ibn Musa bin al-Dahhak, al-Tirmidhi, Abu Isa merupakan pengarang kitab al-Jami’ . Abu Isa al- Tirmidhi. | UMUM | |
MOUNT ISA | Mount Isa (pend. 23 348) ialah sebuah bandar di barat laut Queensland, Australia, lebih kurang 966 kilometer ke barat Townsville. Ia dihubungkan oleh sebatang jalan ke Townsville, Brisbane, Alice Springs, dan Darwin. Mount Isa ialah salah sebuah tapak lombong bawah tanah yang terkaya dan terbesar di dunia. Lapisan tembaga, perak, plumbum, dan zink didapati berdekatan antara satu sama lain tetapi dilombong dan diproses secara berasingan. | UMUM | |
NABI ISA A.S. | Nabi Isa a.s. ialah nabi terakhir di kalangan Bani Israel dan Nabi Muhammad s.a.w. adalah nabi dan rasul terakhir kepada seluruh umat manusia. Namanya disebut dalam al-Qur’an dengan lafaz al- Masih, dan kadangkala dengan lafaz Isa ibn Maryam. | UMUM | |
SHAARI ISA | SHAARI ISA, (1933- ), penulis. Dia lahir pada 18 April 1933 di Bedong, Kedah. Shaari menerima pendidikan rendah dan menengah di Sungai Petani, Kedah. Dia melanjutkan pengajian di Maktab Perguruan Kirkby, Liverpool, England dari tahun 1953 hingga tahun 1955. | SASTERA | Tokoh |
MILES, JOHN CAMPBELL | Miles, John Campbell (1883–1965), pencari gali Australia yang menemukan singkapan bijih perak-plumbum di Queensland pada tahun 1923 dan menamakannya Mount Isa. Pada tahun 1925, Mount Isa Mines Limited mengambil alih semua pajakan di kawasan tersebut. Pada tahun 1942, syarikat itu menemukan sebuah kawasan lipit kuprum yang luas dan dalam, dan Mount Isa pun menjadi sebuah bandar yang kaya (lihat Mount Isa). Miles lahir di Melbourne, Victoria. Dia bekerja di ladang di barat Victoria, New South Wales, dan Queensland sebelum menjadi pencari gali emas pada tahun 1908. | UMUM | |
MARYAM | Maryam, ibu kepada Nabi Isa a.s. Nama penuhnya ialah Maryam bint Imran ibn Mathan. Imran di sini bukanlah bapa kepada Nabi Musa a.s., kerana jarak antara kedua-duanya beratus-ratus tahun. Maryam ialah seorang wanita yang paling suci di dunia, kuat beribadat dan masih tetap dara. | UMUM | |
MASIH, AL- | Masih, al- ialah gelaran di dalam al-Qur’an yang diberikan kepada Isa ibn Maryam a.s. | UMUM | |
NABI ZAKARIA A.S. | Nabi Zakaria a.s. ialah salah seorang nabi yang diutus kepada Bani Israel dan berasal dari keturunan Nabi Sulayman ibn Daud a.s. Baginda diutus menjadi rasul sebelum Nabi Isa ibn Maryam a.s. | UMUM | |
NABI MUSA A.S. | Nabi Musa a.s. ialah nabi dari kalangan Bani Israel , juga merupakan (Utusan Allah) bagi mereka. Namanya ialah Musa ibn ‘Imran tetapi bukan abang Maryam binti ‘Imran (Ibu Nabi Isa a.s.) seperti anggapan sesetengah orang. Ini adalah kerana perbezaan masa di antara kedua-duanya beratus- ratus tahun. Baginda diutuskan oleh Allah SWT. kepada Firaun dan kaumnya yang amat menyombongkan diri dan suka membuat kerosakan. Baginda juga salah seorang nabi yang paling kerap disebut dalam al-Qur'an, malah disebutkan kisah baginda secara terperinci di beberapa tempat dalam al-Qur'an. Beberapa ayat yang lain turut menceritakan kehidupan Nabi Musa a.s. secara ringkas. Antaranya, firman Allah yang bermaksud: “Dan bacakanlah (wahai Muhammad) di dalam Kitab (al-Qur'an) ini perihal Nabi Musa; sesungguhnya dia adalah orang pilihan, dan seorang Rasul lagi nabi. Dan Kami telah menyerunya dari arah sebelah kanan Gunung Thur Sina, dan Kami dampingkan dia dengan diberi penghormatan berkata-kata dengan Kami. Dan Kami kurniakan kepadanya dari rahmat Kami, saudaranya Harun yang juga seorang nabi”. (Surah Maryam 19:51–53) | UMUM | |
DATARAN TINGGI BARKLY | Dataran Tinggi Barkly ialah penara yang luas di Wilayah Utara dan Queensland, Australia. Dataran ini terletak selari dengan pantai selatan Teluk Carpentaria, kira-kira dari Daly Waters hingga Mount Isa. Ia terletak lebih daripada 300 meter berhampiran sempadan di antara Wilayah Utara dengan Queensland. Kawasan ini merupakan kawasan ragut terbaik di Wilayah Utara. | UMUM | |