Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : kep Institut Teknologi Mara. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata ITM


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
INSTITUT TEKNOLOGI MARA (ITM) UMUM 
INSTITUT TEKNOLOGI MARA INSTITUT TEKNOLOGI MARA, pusat pengajian tinggi. Institut Teknologi MARA atau ringkasnya ITM ditubuhkan pada tahun 1967. Sebelum ini, ITM dikenal dengan nama Maktab MARA yang ditubuhkan pada tahun 1965.SEJARAH DAN ARKEOLOGIInstitusi/Organisasi
RAZAK MAMAT

RAZAK MAMAT (1949-1991), penulis. Dia lahir pada 1 Mei 1949 di Kampung Atas Tol, Kuala Terengganu, Terengganu. Dia mendapat pendidikan awal di Kuala Terengganu. Dia kemudian menuntut di Institut Teknologi MARA (ITM), Shah Alam, sebelum memasuki Maktab Perguruan Temenggung Ibrahim, Johor Bahru, Johor (1971-1972). Razak kemudiannya mengajar di Catholic High School, Melaka. Dia melanjutkan pelajaran ke Universiti Sains Malaysia (USM) dari tahun 1974 hingga tahun 1978 hingga memperoleh ijazah Sarjana Muda Sains Sosial. Selepas tamat pengajiannya, dia mengajar di High School, Convent Holy Infant Jesus dan Sekolah Mengenah Munsyi Abdullah, di Melaka.

SASTERATokoh
SHARIFAH FATIMAH SYED ZUBIR

SHARIFAH FATIMAH SYED ZUBIR (1948-     ), pelukis. Dia lahir di Alor Setar, Kedah.  Nama penuhnya ialah Sharifah Fatimah Sayed Zubir Barakbah. Dia mendapat pendidikan awal di tempat kelahirannya, kemudian melanjutkan pelajarannya di Institut Teknologi MARA (ITM) pada tahun 1967, dengan mengikut kursus seni lukis. Pada tahun 1967, dia menyambung pelajarannya ke peringkat ijazah di Reading University, England, dalam jurusan seni halus.  Dia meneruskan pengajiannya ke peringkat sarjana dengan hadiah biasiswa John D. Rockefeller III fund Fellowship di Pratt Institute, New York dan memperoleh ijazah sarjana dalam bidang seni halus pada tahun 1978.

BUDAYATokoh

Kembali ke atas