Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : suku kaum peribumi yg terbesar di Sarawak, yg tinggal di merata daerah (terutamanya di Miri, Bintulu, Sibu, Kapit dan Kuching) dan juga dikenali sbg Dayak Laut. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata Iban


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
ADAT PERKAHWINAN IBANADAT PERKAHWINAN IBAN, adat perkahwinan yang diamalkan oleh masyarakat Iban di Sarawak. BUDAYAKonsep
IBAN

IBAN, suku bangsa di Sarawak. Orang Iban dikenal juga sebagai Dayak Laut. Suku bangsa ini dipercayai berasal dari Sumatera berhijrah ke Kalimantan, Indonesia dan kini bertumpu di Bahagian Simanggang dan Bahagian Kapit, Sarawak.

BUDAYABangsa/Suku/Kaum
GAWAI DAYAK

GAWAI DAYAK, perayaan rasmi tahunan kaum dayak iaitu suku kaum Iban, Bidayuh dan Orang Hulu yang tinggal di Sarawak.

BUDAYAAdat
PUAPUA, kain tenunan yang dihasilkan oleh suku kaum Iban di Sarawak. Pua ditenun dengan menggunakan kek sandang belakang yang disebut sebagai body tension loom atau back strap loo. Di kalangan kaum Iban, alat tenunan ini disebut sebagai tumpuh. Tumpuh ialah sejenis alat tenunan ringkas dan ringan. Penenunnya duduk di atas lantai dengan merenggangkan benang loseng pada penyandang atau strap di bahagian punggungnya.BUDAYAKonsep
PHILIP JITAMPHILIP JITAM (1903-1964), pemimpin masyarakat Iban. Dia lahir pada 10 Ogos 1903 di Lundu, Sarawak. Philip Jitam mendapat pendidikan di Sekolah St. Thomas, Kuching dan kemudiannya belajar sendiri.SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
MANANG

MANANG, individu dalam masyarakat Iban, yang berkebolehan menyembuh atau mengubat penyakit. Manang boleh mengubati penyakit sebagaimana bomoh atau pawang. Dalam masyarakat Iban, manang dianggap sebagai khunsa dan berupaya menerima kuasa luar biasa.

BUDAYABangsa/Suku/Kaum
PESAKA

PESAKA, parti politik. PESAKA ialah singkatan Parti Pesaka Anak Sarawak. Parti ini ditubuhkan oleh orang Iban di Bahagian Sibu, Sarawak pada bulan Ogos 1962. Antara pemimpin Iban ang bertanggungjawab menubuhkan PESAKA ialah Penghulu Musam anak Radin, Penghulu Francis Bujang anak Manja dan Penghulu Francis Umpau. Temenggung Jugah kemudian dilantik sebagai Presiden PESAKA.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIPersatuan
RENTAP

RENTAP (? - ?  ), pejuang anti-British. Rentap berasal dari Skrang, Bahagian Sri Aman, Sarawak. Dia memimpin orang-orangnya menentang pemerintahan dan dasar yang diperkenalkan oleh James Brooke pada tahun 1840-an. Baginya dasar James Brooke yang menghalang kebebasan hidup masyarakat Iban yang berpindah dari satu kawasan ke satu kawasan yang baharu bererti membantutkan cara hidup masyarakat Iban yang gemar berhuma. Rentap dan rakan-rakannya menentang dasar pemerintahan  Brooke demi mengekalkan cara hidup mereka.

SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
BATANG LUPAR

Batang Lupar, sungai di Sarawak. “Batang” dalam bahasa Iban bermakna sungai.

GEOGRAFI DAN GEOLOGIBentuk Muka Bumi
BIDAYUH

BIDAYUH,  Suku kaum peribumi di Sarawak, juga dikenal sebagai Dayak Darat.  Perkataan ‘bidayuh’ bererti ‘orang di pedalaman’. Istilah itu merujuk semua penduduk peribumi Sarawak termasuk orang Iban atau Dayak Laut kecuali orang Melayu dan suku kaum lain yang tinggal di kawasan pesisir negeri tersebut.  Inggeris telah menggunakan istilah ‘bidayuh’ yang merujuk orang Dayak yang tinggal di pedalaman, manakala orang Dayak yang tinggal di pedalaman, manakala orang Dayak yang tinggal di muara sungai dipanggil ‘Iban’.

BUDAYABangsa/Suku/Kaum
1234

Kembali ke atas