ICELAND | | UMUM | |
SKALD | Skald ialah perkataan dalam bahasa Iceland yang bermaksud penyair, yang merujuk kepada penyair Scandinavia pada Zaman Pertengahan. Dari tahun 900-an hingga tahun 1200-an, kebanyakan penyair istana di Scandinavia berasal dari Iceland. Kebanyakan puisi skald memuliakan pemimpin yang berkhidmat dengan skald. Banyak daripada puisi ini atau sebahagiannya dipelihara dalam sagas Iceland tahun 1100-an dan 1200-an. Puisi skald sangat kompleks bentuknya. Ia mempunyai pola aliterasi (persamaan rima dengan pengulangan bunyi yang pertama) yang terkawal dan konsonan (sejenis rima antara suku kata yang mengandungi vokal yang berbeza tetapi berakhir dengan konsonan yang sama). Puisi skald juga menggunakan sejenis metafora luasan yang disebut sebagai kenning. Lihat juga Edda; Saga. | UMUM | |
SAGA | Saga ialah nama yang diberikan kepada badan kesusasteraan bertulis yang besar di Iceland dari tahun 1100-an hingga 1300-an. Perkataan saga dikaitkan dengan kata kerja bahasa Iceland yang bererti ‘mengatakan’ atau ‘memberitahu’. | UMUM | |
SNORRI STURLUSON | Snorri Sturluson (1179–1241) ialah penyair dan ahli sejarah Iceland, pada Zaman Pertengahan. Hasil karyanya yang utama ialah Heimskringla (Circle of the World ), yang mengisahkan sejarah raja Norway yang bermula dari asal usul mereka hinggalah ke zamannya, dan juga Prose Edda. Kemungkinan dia juga menulis The Saga of Egill Skallagrimsson, salah satu saga Iceland yang terbaik tentang seorang penyair hebat tahun 900- an, yang juga salah seorang nenek moyang Snorri. Snorri seorang yang kaya dan berkuasa di Iceland. Pada akhir hayatnya, dia terlibat dalam perebutan kuasa di Norway yang menyebabkan dia dibunuh atas arahan raja Norway. Lihat juga Edda. | UMUM | |
EDDA | Edda iaIah istilah yang merujuk kepada dua buah hasil karya sastera yang berasingan pada Zaman Pertengahan. Iceland Poetic, atau Elder, Edda iaIah koleksi puisi tanpa nama yang digubah pada tahun 1000-an dan llOO-an. Prose atau Younger, Edda iaIah buku teks untuk penyair, yang ditulis pada tahun 1200-an oleh penyair dan ahli sejarah Iceland yang bernama Snorri Sturluson. Karya Snorri adalah yang pertama disebut Edda, nama yang berkemungkinan berkait dengan perkataan Iceland yang bermaksud lagu atau puisi. Kemudian, istilah ini telah digunakan juga untuk Elder Edda. | UMUM | |
ROSEFISH | Rosefish ialah ikan makanan yang penting yang terdapat dari Iceland hingga ke Amerika Syarikat dan di luar pantai utara di Eropah, sejauh ke Lautan Artik di utara. | UMUM | |
REYKJAVÍK | Reykjavík (pend. 99 623; pend. kaw. met. 145 098) ialah ibu negara dan bandar terbesar di Iceland. | UMUM | |
PTARMIGAN | Ptarmigan ialah nama sekumpulan burung yang menyerupa i grouse. Ptarmigan terdapat di bahagian utara Hemisfera Utara, seperti Alaska, Greenland , Iceland, Scotland, Scandinavia , dan Siberia . Ptarmigan juga terdapat di pergunungan di Eropah, di kawasan tinggi di Alps dan Pyrenees. Burung ini boleh dikenali daripada bulunya yang pendek pada kakinya. Bulu ini membantunya berjalan di atas salji tanpa terbenam. Pada musim sejuk, bulu ptarmigan berwarna putih dan burung ini bersembunyi dalam hanyutan salji untuk perlindungan. Pada musim luruh, ptarmigan berwarna kelabu di bahagian atasnya dan putih di bahagian bawahnya. Pada musim panas, bulunya berwarna perang kemerahan dan hitam. | UMUM | |
KESUSASTERAAN SCANDINAVIA | Kesusasteraan Scandinavia meliputi kesusasteraan negara-negara Scandinavia – Denmark, Norway, Sweden, Finland, dan Iceland. | UMUM | |
SIGURD | Sigurd ialah nama Scandinavia bagi wira legenda Jerman yang bernama Siegfried. Cerita mengenainya mungkin bermula pada tahun 400-an S.M. dan tiba di Scandinavia tidak lama kemudian. Kisahnya diabadikan dalam bentuk puisi dalam Elder Edda, koleksi puisi yang digubah di Iceland pada tahun 1000-an dan 1100-an. Prosa Saga of the Volsungs, yang ditulis di Iceland pada tahun 1100-an dan 1200-an, menceritakan kisah penuhnya. Lihat juga Edda; Nibelungenlied; Siegfried. | UMUM | |