Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : suku kaum peribumi di Sabah, kebanyakannya tinggal di Lahad Datu, dan kegiatan utamanya berniaga sarang burung. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata Idahan


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
ADAT PERKAHWINAN IDAHANADAT PERKAHWINAN IDAHAN, adat perkahwinan yang diamalkan oleh masyarakat Idahan di SabahBUDAYAKonsep
IDAHAN

IDAHAN, salah satu subkelompok peribumi Sabah daripada rumpun Dusun. Mereka tinggal bertaburan di beberapa perkampungan di tebing dan lembah sungai sekitar Lahad Datu dan Tungku, di bahagian utara Teluk Darvel dan Semenanjung Kent hingga ke utara menghala ke Sandakan.  Di Lahad Datu, mereka menetap di sekitar Tabanac, Sapagaya, Bikang, Binuang, Segamen (Segama), Segangan, Terusan dan Diwata. Penempatan asal mereka bermula di tebing dan lembah sungai jauh ke selatan menghala ke Teluk Darvel dan Sungai Segama.

BUDAYABangsa/Suku/Kaum
AJUNGAJUNG, cara pengubatan tradisional kaum Brunei dan Idahan di Sabah untuk menolak bala.BUDAYAKonsep
ORANG SUNGAI

ORANG SUNGAI, suku kaum peribumi yang tinggal di selatan Semenanjung Malaysia dan Sabah. Di Sabah suku kaum ini dikenal sebagai Bulud Upi (Boolodoopy) dan di Lahad Datu mereka dikenal sebagai Idahan. Di Semenanjung Malaysia, mereka dikenal sebagai Orang Asli (aborigines). Bulud Upi tinggal di pantai timur laut dan Tabunak, di selatan Sabah.

BUDAYABangsa/Suku/Kaum

Kembali ke atas