INGGERIS-KATOLIK | | UMUM | |
KESUSASTERAAN INGGERIS | Kesusasteraan Inggeris mengandungi puisi, prosa, dan drama yang ditulis dalam bahasa Inggeris oleh pengarang di England, Scotland, dan Wales. Semenjak tahun 1707, tiga buah negara itu telah bergabung melalui politik di bawah nama Great Britain. Setiap negara tersebut, khususnya England, telah melahirkan pengarang yang ulung. William Shakespeare dan Charles Dickens merupakan dua daripada nama-nama yang besar dalam kesusasteraan Inggeris. | UMUM | |
SELAT INGGERIS | Selat Inggeris ialah kawasan berair di antara England dengan Perancis yang menghubungkan Lautan Atlantik dengan Laut Utara. Selat sepanjang 563 kilometer ini lazimnya dirujuk sebagai Selat Inggeris. Lebarnya berbeza-beza dari kira-kira 35 kilometer hingga 160 kilometer. Bahagian yang paling sempit – di antara bandar Dover di England dengan bandar Calais di Perancis – ialah Selat Dover. | UMUM | |
MORTIMER | Mortimer ialah nama keluarga bangsawan Inggeris yang terkemuka dalam sejarah Inggeris dari tahun 1100-an hingga awal tahun 1400-an. Mereka menjadi tuan tanah yang penting di kawasan Welsh Marches (lihat Marches). Kuasa wilayah dan ketenteraan keluarga Mortimer menjadikan mereka kuasa yang kuat dalam perbalahan yang berulang-ulang antara raja-raja Inggeris dan baron mereka. Tuntutan orang York terhadap takhta Inggeris semasa Perang Ros telah diperoleh dari keluarga Mortimer menerusi perkahwinan. | UMUM | |
HON INGGERIS | | UMUM | |
DRAKE, SIR FRANCIS | Drake, Sir Francis (1540?–1596), penjelajah dan panglima tentera Inggeris, merupakan orang Inggeris pertama belayar mengelilingi dunia. Taktik perang lautnya mengalahkan Sepanyol, musuh utama Inggeris, membantu England menjadi kuasa di laut. | UMUM | |
PERJANJIAN INGGERIS-BELANDA (1824) | Perjanjian Inggeris-Belanda (1824). Perjanjian antara British dengan Belanda bagi menyelesaikan masalah hubungan antara kedua- duanya. Perjanjian ini ditandatangani pada bulan Mac 1824. Masalah timbul apabila Singapura dan pulau-pulau yang berhampiran dengannya diambil oleh pihak British. Keadaan ini menyebabkan timbulnya pertelagahan antara British dengan Belanda. Britain juga bimbang jika pertelagahan akan membawa kepada peperangan terbuka. Suasana politik di Eropah ketika itu juga menyebabkan kedua-dua pihak perlu mencari jalan penyelesaian segera. Justeru itu, perjanjian ini dimeterai. | UMUM | |
SASTERA INGGERIS | Sastera yang ditulis dalam bahasa Inggeris. | SASTERA | Konsep |
SASTERA SUKUAN INGGERIS | Sastera yang wujud di Malaysia setelah penjajahan Inggeris. | SASTERA | Konsep |
KAMUS INGGERIS-MELAYU DEWAN | KAMUS INGGERIS-MELAYU DEWAN, kamus bahasa Inggeris-bahasa Melayu yang paling lengkap yang pernah diterbitkan di Malaysia. Kamus ini lengkap dari segi bilangan kata entri dan kata terbitan bahasa Inggeris, iaitu 38 000 kata entri dan diberi pengolahan kata entri yang begitu tuntas, terutamanya kata entri yang tinggi kekerapan penggunaannya. | BAHASA | Penerbitan |