SALURAN PAIP | Saluran paip ialah sistem paip yang digunakan untuk menyalurkan bahan tertentu dalam jarak yang jauh. Saluran paip memainkan peranan yang penting dalam operasi dan ekonomi masyarakat moden. Saluran paip menyalurkan air untuk kegunaan isi rumah, perniagaan dan perusahaan, mengangkut gas asli, petroleum, dan juga hasil petroleum seperti minyak petrol, minyak tanah, dan minyak diesel. Saluran paip juga membawa sisa perusahaan dan air limbahan, abu dari batu arang, bijih besi, dan batu kapur untuk kegunaan perusahaan. | UMUM | |
INSTITUSI KEWANGAN | Institusi kewangan, institusi yang menyediakan pelbagai perkhidmatan berkaitan dengan kewangan kepada unit-unit ekonomi isi rumah dan kerajaan. | EKONOMI DAN PENGURUSAN | Institusi/Organisasi |
PASUNG RUMAH | PASUNG RUMAH, cara magis dengan tujuan untuk memelihara keselamatan seluruh isi rumah. Ritual ini biasanya dilakukan oleh sesiapa yang mempunyai pengetahuan tentang alam ghaib. | BUDAYA | Kepercayaan |
METER AIR | Meter air ialah alat yang mengukur isi padu air yang mengalir melalui paip atau saluran besar. Jenis meter air yang paling dikenali memusingkan nombor pada daftar yang berfungsi seperti odometer (perekod perbatuan) pada kereta. Jenis ini digunakan oleh syarikat air untuk mengukur penggunaan air di rumah, kilang, dan premis perniagaan. | UMUM | |