MANUSKRIP ISLAM | Manuskrip Islam ialah warisan Islam yang dicatat melalui tulisan tangan. Orang Islam sangat mengambil berat terhadap manuskrip-manuskrip ini memandangkan ia merupakan satu-satunya cara bagi menjaga warisan yang dihasilkan melalui pemikiran Arab dan Islam. | UMUM | |
KOLEJ ISLAM MALAYA | Kolej Islam Malaya ialah pusat pengajian Islam yang dikelolakan oleh Majlis Kolej Islam. Tujuan kolej ini ditubuhkan adalah untuk melatih dan menyediakan bakal guru agama dan guru bahasa Arab untuk mengajar di sekolah menengah dan rendah. Kolej Islam Malaya ditubuhkan pada 8 April 1955. | UMUM | |
SENI BINA ISLAM | Seni bina Islam adalah salah satu bidang penting yang dikuasai oleh umat Islam. Ini terbukti dengan keupayaan para arkitek Islam membina pelbagai jenis bangunan yang mempunyai ciri-ciri keagamaan dan ilmiah seperti masjid, sekolah dan pondok. Contoh seni bina bercorak moden termasuk istana, rumah, hotel, pejabat kerajaan, agensi, hospital, air pancut dan jambatan; serta bangunan yang mempunyai ciri pertahanan seperti kota, kubu, tembok, pintu gerbang dan kem tentera. Setiap binaan mempunyai ciri dan peranannya yang tersendiri. Reka bentuknya berbeza berdasarkan masa dan keadaan setempat. | UMUM | |
YAYASAN PEMBANGUNAN EKONOMI ISLAM MALAYSIA (YPEIM) | Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YPEIM) ialah yayasan yang ditubuhkan oleh kerajaan untuk pembangunan ekonomi umat Islam Malaysia. Ia ditubuhkan pada 13 Oktober 1976 sebagai menyahut seruan yang terdapat dalam rumusan Kongres Islam Ke-2 yang diadakan di Kolej Islam Malaya pada tahun 1972 bagi meningkatkan pembangunan ekonomi umat Islam Malaysia. | UMUM | |
ISLAM | | UMUM | |
UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA MALAYSIA | UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA MALAYSIA, universiti antarabangsa yang pertama di Malaysia. Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) ditubuhkan pada 10 Mei 1983, setelah kerajaan Malaysia mendapat persetujuan beberapa kerajaan negeri Islam serta Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) untuk menjadi penaja bersama. Negeri-negeri itu ialah Republik Maldives, Republik Rakyat Bangladesh, Republik Islam Pakistan, Republik Islam Turki, Jamahiriyah Sosialis Rakyat Libya, Kerajaan Arab Saudi dan Republik Arab Mesir. Walau bagaimanapun, UIAM dibiayai sepenuhnya oleh kerajaan Malaysia. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Institusi/Organisasi |
MAJLIS AGAMA ISLAM DI MALAYSIA | MAJLIS AGAMA ISLAM DI MALAYSIA, badan yang bertanggungjawab menentukan dasar tentang hal ehwal agama Islam pada peringkat negeri. Sebelum Majlis Agama Islam ditubuhkan, di setiap negeri di Malaysia sudah ada Jabatan Hal Ehwal Islam, Lembaga Bantuan Orang-orang Islam dan Hindu (ditubuhkan pada tahun 1906) dan Lembaga Penasihat Islam (ditubuhkan pada tahun 1915). Jabatan Hal Ehwal Agama Islam yang pertama ditubuhkan di Johor pada tahun 1895. Lembaga Bantuan Orang-orang Islam dan Hindu dan Lembaga Penasihat Islam pula ditubuhkan hanya di Negeri-Negeri Selat iaitu Singapura, Melaka dan Pulau Pinang. Di Negeri-Negeri Selat, dua buah lembaga ini bertanggungjawab menasihati gabenor dalam menjalankan urusan hal ehwal agama Islam. Melalui ketiga-tiga buah organisasi pentadbiran tersebut, hal ehwal agama Islam diurustadbirkan di negeri-negeri Melayu di Semenanjung Malaysia sebelum tahun 1957. | BUDAYA | Institusi/Organisasi |
SISTEM EKONOMI ISLAM | Sistem ekonomi Islam ialah suatu kaedah yang beroperasi mengikut lunas-lunas Islam dalam soal penggunaan dan pengurusan sumber yang berbentuk material untuk memenuhi kehendak semua pihak. | UMUM | |
ISLAM DI JAWA | ISLAM DI JAWA, perkembangan agam Islam di Jawa yang mula bertapak di beberapa bandar pesisir utara sejak abad ke-11. Agama Islam dibawa oleh para pedagang Islam yang berdagang di pelabuhan seperti Gresik, Jepara, dan lainnya. Dari sana, agama Islam disebarkan kepada penduduk Jawa. Seterusnya, ‘pusat pendidikan agama’ dan pesantren didirikan oleh penduduk tempatan. Selanjutnya, agama Islam disebarkan melalui pusat pendidikan agama dan pesantren. Antara pemimpin di Jawa yang telah menerima dan mengembangkan agama Islam termasuklah Raden Patah (Raja Islam pertama di Jawa), Sunan Gunung Jati (Sultan Cirebon pertama) dan Maulana Hasanudin (Raja Banten pertama). | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Konsep |
ISLAM DI SEMENANJUNG MALAYSIA | ISLAM DI SEMENANJUNG MALAYSIA, perkembangan agam Islam di Semenanjung Malaysia yang bermula pada abad ke-12. Islam di Semenanjung Malaysia tidak terpisah daripada perkembangan Islam di Alam Melayu baik dari segi sejarah mahupun gerakannya. Bukti kedatangan Islam di Sumatera Utara sejak tahun 1113 melalui mubaligh Abdullah Arif seperti mana yang tercatat dalam Hikayat Aceh, merupakan rentetan kedatangan Islam ke Pasai pada tahun 1292. Sumber China pula mencatakan dua utusan Pasai bernama Hassan dan Sulaiman yang bertaraf menteri beragama Islam dihantar ke negeri China. Rentetan seterusnya membuktikan Islam di Semenanjung Malaysia berlaku sebelum tahun 1303 (702 H.) sebagaimana terbukti pada Batu Bersurat Terengganu dan beberapa tempat yang lain di Alam Melayu. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Konsep |