SULTAN ALI JALLA ABDUL JALIL SYAH II | SULTAN ALI JALLA ABDUL JALIL SYAH II ( ? -1597), Sultan Johor yang kelima (1571-1597). Nama sebenar baginda ialah Raja Omar. Baginda berkahwin dengan Raja Fatimah ibni Sultan Alauddin Riayat Syah II, Johor. Baginda menduduki takhta kerajaan Johor menggantikan putera baginda, Sultan Abdul Jalil Syah I yang mangkat pada tahun 1570. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
KOTA JOHOR LAMA | KOTA JOHOR LAMA, pusat pemerintahan awal Sultan Alauddin Riayat Syah II, Sultan Johor. Kota ini dibina pada tahun 1545 dan terletak lebih kurang 16 km dari muara Sungai Johor. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Bandar/Negeri/Negara/Tempat |
SULTAN ABDUL JALIL SYAH III | SULTAN ABDUL JALIL SYAH III ( ? – 1677), Sultan Johor yang kelapan (1623 - 1677) yang berketurunan Sultan Melaka. Baginda adalah putera Sultan Alauddin Riayat Syah II, Johor. Baginda juga dikenal sebagai Raja Bujang. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
CIK SITI WAN KEMBANG | CIK SITI WAN KEMBANG (1580-1677), pemerintah negeri bernama ‘Negeri Serendah Sekebun Bunga Cerang Tagayong’ dengan gelaran Seri Maharaja Puteri. Mengikut sejarah tempatan, Cik Siti Wan Kembang ialah puteri kepada Raja Ahmad, Yang Dipertua Kelantan dengan isterinya yang bernama Cik Banun, anak bongsu kepada Nara Diraja, seorang pembesar Kelantan. Semasa Cik Siti Wan Kembang berusia lebih kurang empat tahun, Raja Ahmad mangkat. Baginda digantikan oleh Raja Hussin dari Johor dengan gelaran Sultan Hussin. Raja Hussin ialah satu-satunya putera kepada Raja Umar, iaitu Sultan Johor yang bergelar Sultan ‘Ala Jalla Abdul Jalil II yang memerintah Johor dari tahun 1570 hingga tahun 1597. Sultan Hussin memerintah Kelantan selama 26 tahun, dari tahun 1584 hingga tahun 1610. Cik Siti Wan Kembang yang masih kecil itu diasuh oleh Sultan Hussin sebagai puteri angkat baginda. Apabila Sultan Hussin mangkat pada tahun 1610, Cik Siti Wan Kembang, ketika itu berusia lebih kurang 30 tahun, ditabal sebagai Raja Pemerintah Kelantan. Cik Siti Wan Kembang dikatakan bersemayam di Gunung Besar yang kemudian dinamai Gunung Cintawangsa yang sekarang ini terletak di sempadan Kelantan-Terengganu. Baginda tidak bersuami. Di bawah pemerintahan Cik Siti Wan Kembang negeri Kelantan bertambah maju dan terkenal sehingga ramailah pedagang termasuk yang datang dari luar negeri seperti dari negeri China, India dan Arab berniaga di Kelantan. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
SULTAN ABDUL JALIL RIAYAT SYAH IV | SULTAN ABDUL JALIL RIAYAT SYAH IV (? – 1721), Sultan Johor-Riau-Lingga-Pahang (1699 – 1718). Nama sebenarnya ialah Tun Abdul Jalil. Baginda menjadi bendahara dengan gelaran Bendahara Paduka Raja Johor semasa pemerintahan Sultan Mahmud Syah II (1685 – 1699). Sultan Mahmud mangkat dibunuh oleh Megat Seri Rama pada tahun 1699 tanpa meninggalkan zuriat. Justeru itu, Bendahara Tun Abdul Jalil melantik dirinya sebagai Sultan Johor dan memakai gelaran Sultan Abdul Jalil Riayat Syah IV. Adinda baginda, Tun Mahmud, dilantik sebagai Raja Muda dan Tun Mas Anom sebagai Bendahara Seri Maharaja. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
SULTAN ALAUDDIN RIAYAT SYAH III | SULTAN ALAUDDIN RIAYAT SYAH III ( ? -1615), Sultan Johor yang keenam (1597-1615). Baginda adalah putera Sultan Ali Jalla Abdul Jalil Syah II dengan anak Seri Nara Diraja Pahang. Nama sebenar baginda ialah Raja Mansur. Baginda menduduki takhta kerajaan Johor, menggantikan ayahandanya yang mangkat pada tahun 1597 dengan memakai gelaran Sultan Alauddin Riayat Syah III. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |