KUMBANG JUN | Kumbang Jun yang juga dikenali sebagai <I>pepijat Jun I>atau <I>kumbang Mei I>ialah nama bagi beberapa kumbang besar berwarna perang yang sering dilihat di kawasan beriklim sederhana di Hemisfera Utara pada bulan Mei dan Jun. | UMUM | |
JUN | | UMUM | |
PERTEMPURAN WATERLOO | Pertempuran Waterloo yang berlaku pada 18 Jun 1815 ialah pertempuran terakhir bagi Napoleon Bonaparte, iaitu pemerintah tentera Perancis yang bijak. Pertempuran ini menamatkan cita-cita tinggi politiknya untuk memerintah seluruh benua Eropah. Kekalahannya ini amat teruk, sehingga apabila seseorang itu mengalami sesuatu kecelakaan atau kekalahan yang dahsyat, kita akan mengatakan bahawa orang itu “telah menemui Waterloonya.” | UMUM | |
TERESHKOVA, VALENTINA VLADIMIROVNA | Tereshkova, Valentina Vladimirovna , (1937– ) ialah angkasawan wanita Soviet yang pertama mengembara ke angkasa lepas. Tereshkova membuat 45 edaran mengelilingi bumi dalam penerbangan yang memakan masa selama 70 jam 50 minit dari 16 Jun hingga 19 Jun 1963 dengan kapal angkasa lepas <i> Vostok VI i> . | UMUM | |
RAMOS, FIDEL VALDEZ | Ramos, Fidel Valdez (1928– ), menjadi Presiden Filipina pada bulan Jun 1992. | UMUM | |
PERANG TUJUH MINGGU | Perang Tujuh Minggu juga dikenali sebagai Perang Austria-Prussia, berlaku antara bulan Jun dan Ogos tahun 1866. Austria dan kebanyakan negeri di Jerman bertempur dengan Prussia dan Itali. Otto von Bismark, perdana menteri Prussia menggunakan perang itu sebagai sebahagian daripada kempennya untuk memaksa tentera Austria berundur dari Persekutuan Jerman dan menjadikan Prussia sebagai kuasa mutlak di Jerman. | UMUM | |
ALAMAT LANGKAPURI | ALAMAT LANGKAPURI, akhbar yang diterbitkan pada 13 Jun 1869 di Colombo, Ceylon oleh Baba Ounus Saldin, yang berasal dari Madura, Indonesia. Dia juga merupakan pengarang dan penerbit akhbar ini. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Konsep |
DUARTE, JOSÉ NAPOLEON | Duarte, José Napoleon (1926–1990), mula menjawat jawatan Presiden EI Salvador yang dipilih pada 1 Jun 1984. Dia berkhidmat sebagai presiden kerajaan junta tentera dari tahun 1980 hingga tahun 1982. | UMUM | |
AWANG HAD SALLEH, TAN SRI | Awang Had Salleh, Tan Sri (1934– ) ialah ahli akademik, pendidik dan penulis. Dia lahir pada 24 Jun 1934 di Balik Pulau, Pulau Pinang. Pada tahun 1951, dia memasuki Maktab Perguruan Sultan Idris (MPSI), Tanjong Malim. Apabila tamat, dia menjadi guru di Sekolah Melayu Derga, Alor Setar pada tahun 1954 hingga 1956. Pada tahun 1958 hingga 1959, dia menuntut di Maktab Bahasa, Johor Bharu. Pada tahun 1961 hingga 1964, dia melanjutkan pelajarannya ke Universiti Malaya dalam bidang sastera. Pada tahun 1969, dia menyambung pelajarannya ke Stanford University, California dan memperolehi ijazah Doktor Falsafah dalam bidang pendidikan dan sosiologi. | UMUM | |
PERANG KOREA | Perang Korea (1950–1953) ialah perang pertama yang melibatkan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dari segi ketenteraan. Perang Korea bermula pada 25 Jun 1950 apabila tentera komunis Korea Utara menyerang Korea Selatan. PBB menganggap pencerobohan itu suatu pencabulan terhadap keamanan antarabangsa dan menuntut agar pihak komunis berundur dari Korea Selatan. Apabila pihak komunis meneruskan peperangan, PBB meminta negara-negara anggotanya supaya memberi bantuan ketenteraan kepada Korea Selatan. | UMUM | |