Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
kampung (kata nama)
Bersinonim dengan desa, kediaman, rantau, kawasan, daerah, wilayah, negeri, sektor, seksyen, zon;,
Kata Terbitan : berkampung, mengampungkan, kekampungan, perkampungan,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
KAMPUNG AIR

KAMPUNG AIR, kampung tradisional orang Melayu yang bermukim di tebing sungai yang besar. Kampung seperti ini terdapat di tebing Sungai Pahang dan Sungai Brunei dan juga di pesisir pantai seperti di pantai Laut China Selatan dan Laut Sulu di Kalimantan Utara. Di Negara Brunei Darussalam, kampung air disebut sebagai ‘kampung aying’.

BUDAYABandar/Negeri/Negara/Tempat
DATUK DAGANG

DATUK DAGANG, salah satu jawatan yang sangat penting dalam sistem pentadbiran tradisional Melayu di Semenanjung Tanah Melayu. Pemegang jawatan ini diberi tanggungjawab untuk mengendalikan hal ehwal orang dagang. Orang dagang merujuk orang Melayu yang baru menetap di kawasan tertentu di negeri-negeri Melayu. Mereka juga ialah para perantau, pengembara dan peneroka yang tinggal di kawasan penempatan yang baru dibuka atau menetap di kampung lain sebagai orang baharu.

     

SEJARAH DAN ARKEOLOGIJawatan/Gelaran
HAJI SULONG PATANI

HAJI SULONG PATANI (1895 – 1954), ulama Patani. Dia lahir pada tahun 1895 di Kampung Anak Ru, Patani Thailand. Nama asalnya ialah Tuan Guru Haji Muhammad Sulom Haji Abdulkadir bin Muhammad al-Fatoni. Namun dia lebih dikenal dengan nama Haji Sulong kerana mengikut panggilan yang diberi oleh masyarakat Melayu kepada anak pertama. Dia merupakan anak lelaki tunggal. Dia menerima pendidikan awal di Pondok Tuan Guru Haji Wan Musa iaitu Pondok Bandar, sebuah pondok tradisional yang terkenal di Patani pada waktu itu.

SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
SYAIR SULTAN ABDUL MULUK

SYAIR SULTAN ABDUL MULUK, puisi Melayu tradisional. Syair ini pernah diterbitkan oleh Roorda van Eysinga pada tahun 1847 dalam majalah Tijdschrift Nederlandsch Indie.      Terdapat lima buah versi syair ini iaitu MS 450 milik Perpustakaan Negara Malaysia, Cod. Or 1740, Cod. Or 1748 dan Cod. Or 3368 milik Perpustakaan Universiti Leiden, dan  sebuah lagi tersimpan di Pusat Dokumentasi dan Kebudayaan Pulau Penyengat, Riau. Syair Sultan Abdul Muluk juga telah diterbitkan oleh Muhammad Ali bin Uthman, Melaka (1867), Haji Muhammad Tahir, Kampung Bangkahulu (1868), Haji Abdul Majid, Singapura (1874), Haji Muhammad Amin, Singapura (1894)  dan Matba’ Haji Muhammad Siraj, Singapura  (1901). Terbitan ini semuanya dalam bentuk litografi Jawi.

SASTERAKonsep

Kembali ke atas