Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
MAINAN

Mainan ialah benda yang digunakan oleh kanak-

kanak untuk bermain. Kanak-kanak di seluruh

dunia bermain dengan mainan yang serupa,

seperti bola, anak patung, permainan dan mainan

teka-teki. Semenjak zaman purba lagi mainan

memainkan peranan yang penting dalam

kehidupan kanak-kanak. Sesetengah mainan

membolehkan kanak-kanak bersuka-suka sambil

belajar tentang dunia di sekelilingnya. Permainan

dapat menolong mengajar kanak-kanak supaya

bergaul dengan kanak-kanak lain. Mainan juga

boleh menolong mereka belajar dan membina

kemahiran khas.

UMUM 
NISEI

Nisei ialah nama Jepun yang merujuk kepada

kanak-kanak keluarga Jepun yang berhijrah ke

negara lain. Nisei bermaksud generasi kedua .

Orang yang berhijrah dikenali sebagai Issei

(generasi pertama). Anak-anak Nisei dinamai Sansei

(generasi ketiga), dan anak-anak mereka dikenali

sebagai Yonsei (generasi keempat). Lihat juga

Perang Dunia II.

UMUM 
SEKOLAH

Sekolah ialah institusi yang menyediakan

pendidikan. Kebanyakan sekolah boleh dijelaskan

sebagai bangunan yang sering dikunjungi oleh

kanak-kanak dan remaja untuk belajar membaca,

menulis, matematik, sains, pengajian sosial, dan

sebagainya. Walau bagaimanapun, ciri sesetengah

sekolah berlainan daripada sekolah biasa.

Contohnya, ramai kanak-kanak Australia yang

tinggal di ladang biri-biri yang jauh dari bandar,

mendapat pendidikan harian di rumah melalui

radio dan televisyen. Guru mereka berada di

studio yang menyiarkan maklumat dari jarak jauh.

Murid-murid berbual dengan guru melalui sistem

radio dua hala. Sekolah udara ini bukanlah

bangunan yang dikunjungi oleh pelajar untuk

mendapatkan pelajaran, tetapi masih dianggap

sebagai sekolah. Di pusat jagaan kanak-kanak atau

tadika , anak kecil yang dianggap murid tidak akan

belajar membaca, menulis, dan mengira.

Bagaimana pula dengan universiti yang menerima

pelajar dewasa? Bolehkah ia dianggap sekolah?

UMUM 
RUMAH ANAK-ANAK YATIM

Rumah anak-anak yatim adalah institusi yang

mengambil berat tentang kanak-kanak yang tiada

tempat berteduh.

UMUMUmum
ANAK PATUNG

Anak patung ialah mainan kanak-kanak yang

dibuat menyerupai manusia. Saiz anak patung

pelbagai, daripada lebih kurang satu sentimeter

tinggi hinggalah setinggi manusia atau lebih tinggi

lagi.

UMUM 
ASUHAN SIANG HARI

Asuhan siang hari ialah khidmat penjagaan

kanak-kanak atau orang dewasa yang uzur, ketika

orang yang bertanggungjawab terhadap mereka

tidak dapat berbuat demikian. Di kebanyakan

negara maju, mengikut tradisi, wanita menjaga

anak di rumah. Walau bagaimanapun, semenjak

beberapa tahun kebelakangan ini, wanita yang

bekerja di luar rumah semakin bertambah.

UMUM 
KELUARGA WYSS

Keluarga Wyss, menulis The Swiss Family

Robinson, cerita pengembaraan kanak-kanak yang

popular berkenaan dengan keluarga yang

mengalami nahas kapal. Johann David Wyss (1743–

1818) ialah pastor Switzerland, yang mereka cerita

tersebut untuk diberitahu kepada empat orang anak

lelakinya yang masih kecil. Dia menulis untuk

keluarganya dan melukis ilustrasi bersama-sama

anak lelakinya Johann Emanuel (1782–1837).

Beberapa tahun kemudian, seorang anak lelakinya

yang lain, Johann Rudolf (1781–1830) menemui

semula cerita tadi. Dia menyemaknya dan

menerbitkannya pada tahun 1812 dan tahun 1813.

Dia dan ayahnya kadangkala dianggap sebagai

pengarang kisah tersebut.

UMUM 
MORISOT, BERTHE

Morisot, Berthe (1841–1895), pelukis Perancis

dan ahli terkemuka dalam pergerakan

impresionis. Kebanyakan lukisan Berthe Morisot

mengisahkan wanita yang kerap bersama-sama

dengan anak-anak mereka yang

berlatarbelakangkan kehidupan seharian di

rumah. Morisot melukis subjek yang tersebut

dalam satu gaya yang cerah dan lembut. Berthe

Morisot juga melukis landskap yang dipenuhi

wanita dan kanak-kanak. Di samping lukisan

minyak, dia juga dikenali dengan lukisan cat air

dan pastel.

UMUM 
ANUGERAH LAURA INGALLS WILDER

Anugerah Laura Ingalls Wilder ialah

anugerah kesusasteraan Amerika, yang diberikan

kepada mana-mana pengarang atau ilustrator, yang

diterbitkan di Amerika Syarikat, yang telah

memberi “sumbangan yang lumayan dan

berkekalan” kepada kesusasteraan kanak-kanak.

Association for Library Service to Children

(Persatuan Perkhidmatan Perpustakaan untuk Kanak-

kanak), satu cabang Persatuan Perpustakaan

Amerika memilih pemenangnya. Anugerah ini telah

diadakan pada tahun 1954 untuk memperingati

Laura Ingalls Wilder, seorang pengarang Amerika

yang terkenal dengan siri ‘Little House’nya.

Anugerah berupa sebuah pingat gangsa itu

menggambarkan Wilder sebagai seorang kanak-

kanak yang sedang memegang anak patung.

Anugerah ini diberikan setiap lima tahun dari tahun

1960 hingga 1980. Sejak tahun 1980, anugerah

tersebut diberikan setiap tiga tahun.

UMUM 
DODOI DODOI, sejenis lagu rakyat yang dinyanyikan khusus untuk kanak-kanak. Biasanya dodoi didendangkan oleh ibu atau golongan tua untuk menidurkan anak di dalam buaian.BUDAYADrama/Filem/Teater/Persembahan

Kembali ke atas