SULTAN AHMAD TAJUDDIN HALIM SYAH II | SULTAN AHMAD TAJUDDIN HALIM SYAH II (1770-an – 1843), Sultan Kedah yang ke-21 (1803 – 1843). Baginda diputerakan di Alor Setar, Kedah. Baginda adalah putera Sultan Abdullah Mukarram Syah (1778 – 1798). Nama sebenar baginda ialah Tunku Pangeran. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
SULTAN MUHAMMAD JIWA ZAINAL AZILIN MUAZZAM SYAH II | SULTAN MUHAMMAD JIWA ZAINAL AZILIN MUAZZAM SYAH II ( ? -1778), Sultan Kedah yang ke-19 (1710-1778). Baginda ialah putera Sultan Abdullah Muazzam Syah (1698-1706). | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
SULTAN ABDULLAH MUKARRAM SYAH | SULTAN ABDULLAH MUKARRAM SYAH (1750 – 1798), Sultan Kedah yang ke-20 (1778 – 1798). Baginda diputerakan di Kota Setar, Kedah. Baginda menjadi Sultan Kedah menggantikan ayahandanya, Sultan Muhammad Jiwa Zainal Azilin Muazzam Syah II pada tahun 1778. Dua tahun kemudian baginda mendirikan Kota Kuala Bahang, Kuala Kedah. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
MASJID ZAHIR | MASJID ZAHIR, masjid negeri Kedah. Masjid ini terletak di antara Jalan Pekan Melayu dengan Jalan Kampung Perak, Alor Setar. Kedudukan masjid ini bersetentang dengan Balai Besar Negeri. Tapak asalnya ialah tapak lama masjid negeri yang dibina sejak Alor Setar menjadi pusat pentadbiran negeri Kedah Darul Aman yang diasaskan oleh Sultan Muhammad Jiwa Zainal Azilin Mu’azzam Syah II (1710-1778) pada tahun 1735. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Artifak/Mentifak |