PASUKAN SUKARELAWAN KELANTAN | PASUKAN SUKARELAWAN KELANTAN, pasukan tentera sukarelawan. Pasukan Sukarelawan Kelantan (Kelantan Volunteer Force) ditubuhkan pada tahun 1914. Pasukan ini bermula dengan dua kompeni Special Constables di Kelantan yang ditubuhkan pada bulan Ogos 1914. Kompeni Nombor 1 mengandungi lebih kurang 30 orang Eropah dan Kompeni Nombor 2 mengandungi lebih kurang 25 orang bangsa Asia. Keseluruhan kekuatan anggota ialah seramai 55 orang. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Persatuan |
DIALEK MELAYU KELANTAN | DIALEK MELAYU KELANTAN, salah satu dialek bahasa Melayu yang dituturkan oleh orang yang berasal dari dan yang menduduki negeri Kelantan serta penduduk di tempat-tempat lain seperti yang mendiami daerah-daerah sempadan Kelantan-Terengganu, Kelantan-Pahang, Kelantan-Perak dan juga beberapa daerah dalam wilayah Thailand Selatan seperti Sungai Golok, Narathiwat, Yala dan Patani. | BAHASA | Bahasa |
ULAMA KELANTAN | ULAMA KELANTAN, golongan ahli agama yang terdapat di negeri Kelantan. Antara tahun 1800 hingga tahun 1940-an, golongan ulama lahir dengan banyaknya di Kelantan. Kelantan telah muncul sebagai sebuah negeri yang menjadi pusat pengajian Islam yang utama di Semenanjung Tanah Melayu dan ia dikenal sebagai ‘Serambi Makkah’. Bersama-sama dengan kelahiran ulama ini muncullah sistem pendidikan persekolahan pondok di negeri tersebut. Sistem pendidikan tradisi ini wujud di Kelantan akibat pengaruh daripada sistem pengajian berbentuk halakah di Masjidilharam, Makkah dan di Masjid al-Nabawi, Madinah. Sistem persekolahan jenis pondok ini juga terdapat di Patani dan Indonesia. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Institusi/Organisasi |
ADAT PERTABALAN SULTAN KELANTAN | ADAT PERTABALAN SULTAN KELANTAN, upacara menabalkan Sultan Kelantan yang baharu untuk menggantikan sultan yang mangkat. Adat pertabalan Sultan Kelantan yang diamal hingga sekarang bermula semenjak zaman pemerintahan Sultan Long Yunus (m.m. 1763-1798). Walau bagaimanapun, adat istiadat pertabalan ini berubah dari semasa ke semasa, terpulang kepada pihak istana. | BUDAYA | Konsep |
SUNGAI KELANTAN | SUNGAI KELANTAN, sungai ketiga terpanjang di Semenanjung Malaysia. Sungai Kelantan merupakan sungai utama dan terpenting di negeri Kelantan dan merupakan pertemuan antara Sungai Galas dan Sungai Lebir. Sistem aliran Sungai Kelantan bermula dari tanah tinggi Terengganu dan sayap-sayap sebelah timur banjaran Titiwangsa dan mengalir ke arah utara terus ke Laut China Selatan. Ia merupakan salah satu daripada tiga kawasan tadahan utama yang meliputi 12 691 km persegi. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Bandar/Negeri/Negara/Tempat |
KELANTAN | Kelantan (pend. 1 400 000), negeri yang terletak di Pantai Timur Semenanjung Malaysia. Ia bersempadan dengan negeri Perak di barat, Pahang di selatan, Terengganu di timur, Thailand di utara dan Laut China Selatan. Kelantan merupakan salah sebuah penempatan tertua di Alam Melayu. | UMUM | |
HIKAYAT SERI KELANTAN | HIKAYAT SERI KELANTAN, naskhah sejarah pemerintahan negeri Kelantan. Naskhah ini dipercayai ditulis pada 5 Februari 1914 (9 Rabiulawal 1332H). Penulis asal naskhah ini tidak diketahui. | SASTERA | Karya |
RINGKASAN CETERA KELANTAN | RINGKASAN CETERA KELANTAN, sebuah karya sejarah negeri Kelantan. Teks ini disusun pada 4 Januari 1933 dan dicetak oleh The al-Asasiyah Press Co. Kelantan pada tahun 1934. Naskhah yang tersimpan di Perpustakaan Besar Universiti Malaya dicetak batu dengan menggunakan tulisan Jawi, berukuran 21 cm x 14.5 cm. Cetakan ini dibuat berdasarkan naskhah asal yang dikarang oleh Datuk Haji Nik Mahmud bin Ismail (Datuk Perdana Menteri Paduka Raja) yang telah diserahkan kepada Pejabat Pelajaran Kelantan. Ringkasan Cetera Kelantan ini ditulis berdasarkan tulisan peringatan Pak Wan Mahmud, Menteri Besar, yang ditulis pada tahun 1197 H. Naskhah ini adalah untuk kegunaan murid-murid darjah tinggi sekolah-sekolah Melayu. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Karya |
PERSATUAN PENULIS KELANTAN | | SASTERA | Institusi/Organisasi |
S. OTHMAN KELANTAN | Sasterawan negara. | SASTERA | Tokoh |