KENYA | | UMUM | |
GUNUNG KENYA | | UMUM | |
MOMBASA | Mombasa (pend. 442 369) ialah bandar kedua terbesar di Kenya selepas Nairobi. Mombasa ialah bandar pelabuhan yang sibuk di pantai timur Afrika (lihat Kenya [peta]). Pelabuhan ini mengendalikan hampir keseluruhan urusan perkapalan antarabangsa Kenya, Uganda, Rwanda, Burundi, dan timur Zaire yang terletak di pedalaman. Bandar ini mempunyai kilang penapis minyak, lapangan terbang antarabangsa, dan banyak bahagian yang moden dengan bangunan kerajaan yang besar dan mempunyai banyak hotel. | UMUM | |
NAIROBI | Nairobi (pend. 1 162 189) ialah ibu negara Kenya dan merupakan pusat komersial terpenting di timur Afrika. Bandar ini terletak di dataran tinggi di pusat selatan Kenya. | UMUM | |
KIKUYU | Kikuyu ialah kumpulan etnik yang terbesar di Kenya, Afrika Timur. Puak Kikuyu, juga dikenali dengan nama Gikuyu, membentuk 20 peratus daripada penduduk Kenya. Dalam kalangan puak ini, terdapat mereka yang paling terpelajar dan terkaya di Kenya. Kebanyakan orang Kikuyu berkhidmat dengan kerajaan dan dalam bidang perniagaan. Orang Kikuyu lain memiliki ladang-ladang yang besar. | UMUM | |
TASIK TURKANA | Tasik Turkana ialah tasik yang panjang lagi sempit di kawasan tengah timur Afrika. Sebahagian besar tasik ini terletak di utara Kenya. Hujung di utaranya menganjur ke selatan Ethiopia. Untuk lokasi, lihat Kenya (peta). Tasik ini meliputi kawasan seluas 6405 kilometer persegi. | UMUM | |
MOI, DANIEL TOROITICH ARAP | Moi, Daniel Toroitich arap (1924– ), menjadi Presiden Kenya pada tahun 1978. Dia menjadi naib presiden dari tahun 1967 hingga tahun 1978. Dia menjadi presiden apabila Presiden Jomo Kenyatta meninggal dunia. | UMUM | |
MAU MAU | Mau Mau ialah gerakan sulit yang melibatkan rakyat Afrika yang mahu menamatkan penaklukan British di Kenya. | UMUM | |
SAINT JOHN AMBULANCE | Saint John Ambulance ialah sebuah organisasi yang beroperasi untuk menjaga kesihatan masyarakat. Ia mempunyai cawangan di banyak tempat di dunia, termasuk Australia, Kepulauan Caribbean, Hong Kong, India, Kenya, Singapura, United Kingdom, Amerika Syarikat, dan Zimbabwe. | UMUM | |
KILIMANJARO | Kilimanjaro ialah sebuah gunung berapi pendam di Afrika Timur dengan dua puncak. Ia terletak di utara Tanzania di sepanjang sempadannya dengan Kenya. | UMUM | |