TANAH BENCAH | Tanah bencah ialah sebuah kawasan tanah yang aras airnya kekal hampir atau di atas permukaan tanah selama hampir sepanjang tahun. Tanah bencah meliputi kira-kira enam peratus daripada permukaan tanah bumi. Ia menampung pelbagai jenis haiwan dan kehidupan tumbuh-tumbuhan dan merupakan satu daripada ekosistem dunia yang paling produktif (subur) dari segi biologi. Tanah bencah pantai, muara dan kukup ialah tempat bertelur dan pembiakan yang penting bagi ikan dan kerang-kerangan. Tanah bencah juga berupaya menyaring keluar keseluruhan pencemaran dalam air seperti virus daripada kerja kumbahan atau logam berat daripada loji industri. | UMUM | |
MENARA CONDONG PISA | Menara Condong Pisa ialah sebuah menara loceng yang terletak di Pisa, Itali. Strukturnya terkenal kerana kecondongannya sebanyak 4.4 meter daripada garisan asal apabila diukur daripada tingkat ketujuh. Menara ini condong kerana tapak asasnya telah dibina di atas tanah yang tidak stabil. Pembinaan menara berkenaan bermula pada tahun 1173 dan telah disiapkan antara tahun 1360 dan 1370. Tanah di bawah menara berkenaan mula terbenam selepas tiga tingkat pertama siap dibina. Menara berkenaan ditutup pada awal tahun 1990-an bagi membolehkan kerja-kerja pembaikan dilakukan dengan segera. | UMUM | |
SENI BINA LANDSKAP | Seni bina landskap melibatkan kerja mereka bentuk dan membangunkan tanah untuk digunakan dan dinikmati oleh manusia. Seni bina landskap berkaitan dengan kecantikan alam sekitar semula jadi di samping cara yang praktikal untuk menggunakan tanah dan objek-objek di atasnya. Seseorang yang mendapat latihan profesional dalam bidang ini dikenali sebagai arkitek landskap . | UMUM | |
MODAL | Modal adalah istilah ekonomi bermaksud kekayaan, selain daripada tanah, yang digunakan untuk menambahkan kekayaan. Wang simpanan adalah modal, kerana digunakan untuk menambah kekayaan menerusi faedah atau dividen. Tanah dan sumber-sumber semula jadi tidak dikira sebagai modal kerana bukan dikeluarkan oleh manusia. Kebanyakan aset yang digunakan dalam perniagaan adalah modal, kerana ia digunakan untuk mendapatkan keuntungan. Barang-barang peribadi seperti makanan, perabot, dan pakaian dianggap sebagai harta, tetapi bukannya modal. Barang-barang ini tidak menambahkan kekayaan. Terdapat dua jenis modal perniagaan, modal tetap dan modal kerja. | UMUM | |
PERALATAN PEMBINAAN | Peralatan pembinaan merupakan jentera yang digunakan untuk membina dan merobohkan jambatan, bangunan, dan struktur-struktur lain. Jentera ini biasanya dapat menjimatkan tenaga kerja, wang, dan masa. Sebuah jentera dapat melakukan kerja yang lebih banyak dalam masa satu jam berbanding seratus orang pekerja yang menggunakan peralatan tangan dalam satu hari. Jentera utama untuk membina bangunan termasuk (1) jentera korek tanah, (2) mesin angkat dan kendali bahan, dan (3) mesin pam. | UMUM | |
KUASA ELEKTRIK | Kuasa elektrik ialah penggunaan tenaga elektrik untuk melakukan kerja. Ia menerangi, memanaskan dan menyejukkan suhu rumah. Elektrik juga dapat membekalkan kuasa untuk set televisyen, peti sejuk, pembersih vakum dan banyak lagi alat rumah. Kuasa elektrik menggerakkan jentera di kilang. Eskalator, lif dan komputer, dan banyak lagi alat bagi kegunaan di kedai dan pejabat menggunakan kuasa elektrik. Elektrik memacu dan menggerakkan kereta api dan sistem pengangkutan bawah tanah. Di ladang, jentera elektrik melakukan kerja seperti mengepam air, memerah susu lembu dan mengeringkan rumput kering. | UMUM | |
HIDROPONIK | Hidroponik ialah sistem penanaman pokok tanpa menggunakan tanah. Hidroponik berasal daripada perkataan Yunani iaitu, hydro yang bermaksud air dan ponic yang bermaksud kerja. | PERTANIAN | Konsep |
ZAKARIA HITAM | (1912- ), budayawan, pengumpul dan penulis sastera rakyat. Dia lahir pada 20 Jun 1912 di Kampung Benta, Pekan, Pahang. Dia lebih dikenali dengan panggilan Pak Zek. Zakaria mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Langgar, Sekolah Inggeris Pekan dan Sekolah Clifford di Kuala Lipis, Pahang. Dia lulus peperiksaan Senior Cambridge pada tahun 1937. Pada tahun 1954, dia lulus peperiksaan undang-undang bagi Pegawai perkhidmatan Melayu (MCS) dan dua tahun kemudian (1956) dia mendapat diploma dalam Public Administation dan diploma dalam bidang Secretarial Practice (Local Government). Dia memulakan kariernya sebagai kerani biasa di Jabatan Kerajaan. Dia pernah menjadi pegawai RIDA, setiausaha kepada Menteri Besar Pahang dan akhirnya menjadi pegawai kerja di Pejabat Tanah dan Galian negeri Pahang sehinggalah dia bersara pada 31 Disember 1970. | SASTERA | Tokoh |