KITAB-KITAB SUCI | Kitab-kitab suci ialah kitab atau perundangan rabbani (ketuhanan) yang diturunkan oleh Allah SWT dan disampaikan kepada para nabi dan rasul-Nya, yang diutuskan kepada semua makhluk- Nya sebagai wahyu. | UMUM | |
SYURGA | Syurga ialah tempat yang penuh nikmat di akhirat, yang disediakan oleh Allah S.W.T. bagi orang yang beriman dengan-Nya, dengan para malaikat, kitab-kitab suci, para rasul, hari akhirat dan yang sentiasa melakukan kebaikan. | UMUM | |
KITAB SIBAWAYH | Kitab Sibawayh ialah kitab yang terawal ditulis berkenaan dengan ilmu nahu dan saraf (tatabahasa Arab). Kitab ini mengandungi banyak ilmu yang berkaitan dengan bahasa. Ia ditulis oleh Abu Bishr ‘Amru ibn ‘Uthman ibn Qanbar. | UMUM | |
KITAB PERJANJIAN LAMA | | UMUM | |
KITAB MAULUD NABI | Kissinger, Henry Alfred (1923- ), Setiausaha Negara Amerika Syarikat (1973-1977) semasa pentadbiran Presiden Richard Nixon dan Gerald R. Ford. | SASTERA | Karya |
KITAB AL-HAYAWAN | Kitab al-Hayawan ialah salah satu daripada kitab induk sastera, pengetahuan dan kebudayaan umum. Ia ditulis oleh Abu Uthman, Amr ibn Bahr ibn Mahbub, al-Jahiz (255 H/868 M). Al-Jahiz ialah seorang tokoh ulung dalam seni penulisan dan mencapai tahap kemuncak ketinggian ilmu bayan dalam bahasa Arab. Dia meninggalkan lebih kurang 350 kitab dan risalah. | UMUM | |
QARI AL-HARAWIY, AL - | Qari al-Harawiy, al- (?–1014 H./–1605 M.) ialah pentafsir dan pensyarah kitab al-Qur’an. Qari al-Harawiy, al- (?–1014 H./–1605 M.) ialah pentafsir dan pensyarah kitab al-Qur’an. Nama penuhnya Ali ibn Muhammad Abu Hassan al- Harawiy. Dia lahir di Hirah, kemudian berpindah dan menetap di Makkah sehinggalah dia meninggal dunia. Kitab-kitab yang dikarangnya ialah Marqah al-Mafatih li Mashkah al-Masabih; Tazkirah al- Mawdua’t; al-Masnu’ fi Ma‘rifah al- Mawdu‘; Talkhis al-Qamus; Syarh al-Ra’iyyah fi Rasm al-Mashaf; Syarh al-Risalah al-Qushaiyriyyah; Anwar al-Qur’an wa Asrar al-Furqan dan sebagainya. | UMUM | |
MUGHNIY AL-LABIB | Mughniy al-Labib ialah kitab karya Ibn Hisyam al-Ansariy. Ia dianggap sebagai kitab nahu yang penting dan baik. Nama lengkap kitab ini ialah Mughniy al-Labib ‘an Kutub al-A’arib . Ibn Khaldun berkata: “Kami tidak pernah menjumpai seorang yang pakar dalam bidang nahu selepas Sibawayh melainkan Ibn Hisyam dan kami tidak pernah jumpa kitab yang lebih baik daripada kitab al- Mughniy”. | UMUM | |
KITAB PERJANJIAN BARU | Kitab Perjanjian Baru ialah Bible iaitu sebahagian kitab suci orang Kristian yang terdiri daripada 27 Sifr | UMUM | |
ADI GRANTH | Adi Granth, yang bermakna Kitab Asal, ialah kitab suci kaum Sikh. Kaum Sikh ialah pengikut ajaran Sikhisme, salah satu agama di India. Adi Granth ialah suatu koleksi lebih daripada 6000 gita puja. | UMUM | |