Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ko.man.wél] | کومنويل

Definisi : (komanwél) perikatan negara-negara merdeka yg pernah diperintah oleh British yg mengiktiraf raja British yg memerintah sbg ketua Komanwel, persemak­muran; persidangan perdana menteri ~ persidangan yg disertai oleh perdana menteri negara-negara anggota Komanwel. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ko.man.wél] | کومنويل

Definisi : /komanwél/ gabungan negara merdeka yg dahulunya di bawah jajahan atau di bawah naungan kerajaan Inggeris. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata Komanwel


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SUKAN KOMANWEL

Sukan Komanwel ialah nama yang diberi

kepada satu pertandingan sukan, terbuka kepada

individu dan berpasukan yang mewakili negaranegara

dalam kesatuan Negara-Negara Komanwel

(lihat Negara-Negara Komanwel). Sukan ini

diadakan setiap empat tahun, kira-kira pertengahan

jangka masa tertentu antara pertemuan Sukan

Olimpik.

UMUM 
KOMANWEL NEGARA-NEGARA MERDEKA

Komanwel Negara-negara Merdeka ialah

pertubuhan negara-negara bebas yang dahulunya

merupakan republik Kesatuan Soviet. Negara

anggotanya terdiri daripada Armenia, Azerbaijan,

Belarus, Georgia, Kazakhstan, Kyrgyzstan, Moldova,

Rusia, Tajikistan, Turkmenistan, Ukraine dan

Uzbekistan. Ibu pejabat komanwel ini ialah Minsk,

di Belarus.

UMUM 
HARI KOMANWEL UMUM 
INSTITUT KOMANWEL UMUM 
KOMANWEL

Komanwel ialah istilah yang kadangkala

digunakan untuk negeri, negara atau

kumpulan negeri dan negara.

UMUM 
NEGARA-NEGARA KOMANWEL

Negara-negara Komanwel ialah pertubuhan

negara bebas dan unit politik lain yang pernah

berada di bawah undang-undang dan kerajaan

British. Pertubuhan ini termasuklah United

Kingdom (UK) sendiri dan 52 negara bebas lain

yang pada satu ketika menjadi tanah jajahan United

Kingdom. Pertubuhan ini juga termasuk kira-kira 25

unit politik seperti wilayah dan negeri naungan.

UMUM 
PUERTO RICO

Puerto Rico ialah pulau di Laut Caribbean, kira-

kira 1600 kilometer ke tenggara Florida, Amerika

Syarikat. Pulau ini ialah wilayah jajahan takluk

(komanwel) Amerika Syarikat. Nama rasminya ialah

Komanwel Puerto Rico.

UMUM 
STATUTE OF WESTMINSTER

Statute of Westminster (1931) menubuhkan

asas rangka undang-undang untuk Negara-negara

Komanwel. Ia memberi kesan kepada keputusan

yang dicapai ketika persidangan di London pada

tahun 1926 dan tahun 1930. Statut ini mengiktiraf

kemerdekaan bahagian utama Empayar British:

Komanwel Australia, Dominion Kanada, Negeri

Bebas Ireland (Irish Free State), Dominion New

Zealand, Newfoundland, dan Kesatuan Afrika

Selatan.

UMUM 
SUKOM XVISukan Komanwel yang diadakan di MalaysiaSUKANPermainan/Sukan/Rekreasi
PERSEKUTUAN AUSTRALIA

Persekutuan Australia terbentuk dari tahun

1901, apabila keenam-enam tanah jajahan Australia

menjadi negeri-negeri Komanwel Australia.

Sebelum tahun 1889, beberapa kaedah

penggabungan tanah jajahan tersebut telah dicuba,

tetapi gagal. Pada tahun tersebut, Sir Henry Parkes,

perdana menteri New South Wales, mendesak

para penjajah tersebut supaya membentuk sebuah

kerajaan pusat. Pada tahun 1890-an, banyak

percubaan untuk membentuk sebuah persekutuan

menemui kegagalan. Para perwakilan jajahan

tersebut bersidang pada tahun 1891, 1893, 1898,

dan 1899. Pada tahun 1899, sebuah jawatankuasa

penggubal merangka Perlembagaan Persekutuan

dan penduduk Australia mengundi untuk

membentuk sebuah persekutuan. Duke of York,

kemudian bergelar Raja George V,

mengisytiharkan Komanwel Australia pada

1 Januari 1901.

UMUM 
123

Kembali ke atas