| SISTEM MAKLUMAT PENGURUSAN | Sistem maklumat pengurusan ialah sistem komputer yang direka untuk membantu para eksekutif yang menjalankan urusan perniagaan, agensi kerajaan dan juga organisasi lain. Sektor perniagaan sudah lama bergantung kepada komputer untuk mengendalikan kerja menyimpan kira-kira yang asas, seperti penyediaan gaji dan invois. Meskipun begitu, sistem maklumat pengurusan sebenarnya membantu pengurus membuat keputusan perniagaan yang kompleks. | UMUM | |
| ANALISIS INPUT-OUTPUT | Analisis input-output ialah kaedah mengkaji kaitan yang kompleks antara pelbagai bahagian sesebuah ekonomi. Kaedah ini mempunyai pelbagai kegunaan dalam kerajaan dan juga perniagaan. Ia dicipta pada tahun 1920-an oleh ahli ekonomi Amerika, Wassily Leontief. | UMUM | |