Maklumat Kata

Kamus Bahasa Inggeris



Definisi : n Korea. (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata Korea


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
PERANG KOREA

Perang Korea (1950–1953) ialah perang pertama

yang melibatkan Pertubuhan Bangsa-Bangsa

Bersatu (PBB) dari segi ketenteraan.

Perang Korea bermula pada 25 Jun 1950 apabila

tentera komunis Korea Utara menyerang Korea

Selatan. PBB menganggap pencerobohan itu

suatu pencabulan terhadap keamanan

antarabangsa dan menuntut agar pihak komunis

berundur dari Korea Selatan. Apabila pihak

komunis meneruskan peperangan, PBB meminta

negara-negara anggotanya supaya memberi

bantuan ketenteraan kepada Korea Selatan.

UMUM 
KOREA

Korea ialah negara di timur Asia yang terdiri

daripada dua buah negara. Salah sebuahnya

ialah Republik Korea – biasanya dikenali sebagai

Korea Selatan. Seoul ialah ibu negara dan bandar

raya terbesar. Sebuah lagi ialah Republik Rakyat

Demokratik Korea – biasanya dikenali sebagai

Korea Utara. Pyongyang ialah ibu negara dan

bandar raya terbesar. Korea Utara ialah kerajaan

Komunis. Kerajaan Korea Selatan pula anti-

Komunisme.

UMUM 
PUSAN

Pusan (pend. 3 516 807) ialah bandar kedua

terbesar dan pelabuhan utama di Korea Selatan.

Hanya Seoul yang mempunyai lebih ramai

penduduk. Pusan terletak di pantai tenggara

Semenanjung Korea. Untuk lokasi, lihat Korea

(peta).

UMUM 
PYONGYANG

Pyongyang (pend. 2 639 448) ialah ibu negara

dan bandar terbesar di Korea Utara. Bandar raya

ini juga merupakan pusat kebudayaan, ekonomi,

perindustrian dan ketenteraan Korea Utara. Ibu

pejabat Parti Pekerja (Komunis) Korea Utara, yang

menguasai kerajaan ini terletak di Pyongyang.

Pemimpin parti di Pyongyang akan membuat

semua keputusan yang berkaitan dengan politik,

kebudayaan, ekonomi, dan program sosial dan

memastikan ia dilaksanakan. Bandar ini terletak di

barat-tengah Korea Utara, sepanjang Sungai

Taedong. Untuk lokasi Pyongyang, liha t Korea

(peta).

UMUM 
KOREA UTARA

Korea Utara, negara yang terletak di antara garis lintang 45o U dan 38o U. Negara ini juga dikenali dengan nama Republik Rakyat Demokratik Korea.

GEOGRAFI DAN GEOLOGIBandar/Negeri/Negara/Tempat
TAEGU

Taegu (pend. 2 229 040) ialah bandar raya ketiga

terbesar di Korea Selatan selepas Seoul dan Pusan.

Taegu terletak di bahagian selatan Korea Selatan

(lihat Korea [peta]). Bandar raya ini adalah pusat

perdagangan dan pendidikan.

UMUM 
SASTERA KOREASastera yang diamalkan dan dituturkan oleh masyarakat korea.SASTERAKonsep
KOREA SELATAN

Korea Selatan, negara yang terletak di antara garis lintang 43o U dan 34o U, dengan keluasan 100 km2 dari utara ke selatan dan 216 km2 dari timur ke barat.

GEOGRAFI DAN GEOLOGIBandar/Negeri/Negara/Tempat
RHEE, SYNGMAN

Rhee, Syngman (1875–1965), negarawan Korea

yang memegang jawatan Presiden Republik Korea

yang pertama pada tahun 1948. Dia meletak

jawatan sebagai presiden pada tahun 1960,

walaupun dipilih semula untuk menyandang

jawatan presiden bagi penggal yang keempat. Ini

berikutan terjadinya rusuhan yang meluas

disebabkan amalan pilihan raya yang tidak adil.

UMUM 
PANMUNJOM

Panmunjom ialah tempat berlakunya perundingan

kedamaian sementara yang mengakhiri Perang Korea

pada tahun 1953. Ia terletak di kawasan berkecuali

yang dikenali sebagai zon bebas tentera antara Korea

Utara dan Korea Selatan (lihat peta Korea).

UMUM 
1234

Kembali ke atas