LOCENG KRISMAS | | UMUM | |
PULAU KRISMAS | Pulau Krismas ialah wilayah Australia di Lautan Hindi, kira-kira 2500 kilometer di barat Laut Perth. Pulau ini berukuran kira-kira 20 kilometer panjang dan 15 kilometer lebar. Industri utamanya ialah melombong fosfat. Penduduknya berjumlah 3000 orang yang kebanyakannya berketurunan Cina atau Melayu. | UMUM | |
KRISMAS | Krismas, perayaan penganut agama Kristian bagi memperingati kelahiran Jesus Christ. Ia disambut pada 25 Disember setiap tahun sejak 400 SM. | AGAMA | Perayaan/Upacara |
YULE | Yule ialah perkataan lain untuk Krismas. Yuletide bermaksud musim Krismas. Asal usul perkataan Yule tidak pernah ditentukan, tetapi berkemungkinan perkataan ini berasal daripada pesta menuai pra-Kristian yang diadakan pada bulan November. | UMUM | |
SANTA KLAUS | Santa Klaus, juga dikenali sebagai Bapa Krismas, ialah lelaki tua dalam legenda yang membawa hadiah kepada kanak-kanak pada Hari Krismas. Dia sudah lama digambarkan sebagai seorang lelaki yang tegap, berjanggut yang memakai pakaian bulu berwarna merah. | UMUM | |
PANTOMIM | Pantomim ialah sejenis hiburan tradisi pada Hari Krismas di kepulauan Britain. Pada asasnya, pantomim pada Hari Krismas mengisahkan cerita pari-pari (cerita dongeng) seperti Cinderella, atau nyanyian tadika seperti Humpty Dumpty. | UMUM | |
ATOL KIRITIMATI | Atol Kiritimati juga dikenali sebagai Pulau Krismas, ialah salah satu kepulauan terbesar yang dibentuk oleh karang di Lautan Pasifik. Kira-kira 1300 orang penduduk tinggal di pulau ini. Mereka bertutur dalam bahasa yang dikenali sebagai bahasa Gilbertese. Kiritimati ialah ejaan Gilbertese bagi perkataan Krismas. | UMUM | |
KAROL | Karol ialah nyanyian tradisional yang bersifat hiburan, biasanya dikaitkan dengan upacara keagamaan atau perayaan tahunan seperti Krismas, Hari Easter, atau pesta pada bulan Mei. | UMUM | |
DUBNEY BOHIN | DUBNEY BOHIN (1924 - ), pemimpin masyarakat Melayu di Pulau Krismas, Australia. Dubney lahir di Pulau Cocos, Australia. Moyangnya berasal dari Bantam, Jawa Barat telah berhijrah ke Pulau Cocos sebagai pekerja ladang kelapa semasa pulau itu menghadapi masalah kekurangan tenaga kerja. | BUDAYA | Tokoh |