Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata Latvia


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
LATVIA UMUM 
RIGA

Riga (pend. 875 000) ialah ibu negara dan bandar

terbesar di Latvia. Riga ialah pusat perkapalan yang

penting, dan lebih separuh keluaran industri Latvia

dihasilkan di bandar ini. Bandar ini juga menjadi

pusat kebudayaan dan politik Latvia selama

beratus-ratus tahun. Bandar ini terletak di hujung

selatan Teluk Riga, dan melalui bandar inilah

Sungai Dvina Barat (Daugava) mengalir masuk ke

teluk tersebut. Untuk lokasi, lihat Latvia (peta). Di

bandar ini, kompleks perumahan moden

membangun di sekeliling gereja dan rumah-rumah

saudagar yang cantik, yang dibina pada Zaman

Pertengahan.

UMUM 
NEGARA-NEGARA BALTIK

Negara-negara Baltik terdiri daripada negara

Estonia , Latvia dan Lithuania. Ketiga-tiga negara ini

merdeka dari tahun 1918 hingga tahun 1940,

apabila negara-negara ini dirampas oleh Kesatuan

Soviet dan dijadikan republik Soviet. Pada tahun

1991, setiap negara itu berpecah dari Kesatuan

Soviet dan mencapai kemerdekaan semula.

UMUM 
KONRADS

Konrads ialah nama keluarga bagi dua adik-beradik

yang menjadi johan renang Australia.

Mereka lahir di Latvia dan berhijrah ke Australia

pada tahun 1949. Mereka kemudiannya menjadi

rakyat Australia. Kedua-duanya, Jon dan Ilsa,

dikenali sebagai Konrads Kids.

UMUM 
SUNGAI DVINA

Sungai Dvina ialah nama dua batang sungai di

Eropah Timur. Sebatang sungai dikenali sebagai

Drina Barat atau Daugava, bermula di barat

Moscow, Rusia dan mengalir ke Teluk Riga di Riga,

Latvia. Sungai ini panjangnya 1019 kilometer.

Sebatang sungai lagi, dikenali sebagai Dvina

Utara, merupakan laluan air yang penting di barat

laut Rusia. Dvina Utara, terbentuk dari cantuman

Sungai Sukhona dan Vychedga ialah sepanjang 732

kilometer. Ia mengalir ke Laut Putih di pelabuhan

Arkhangelsk. Kapal stim belayar di Dvina. Sungai

ini bercantum dengan Sungai Neva dan Volga oleh

Terusan Dvina Utara. Untuk lokasi kedua-dua

sungai, lihat Rusia (peta muka bumi).

UMUM 
OSTWALD, WILHELM

Ostwald, Wilhelm (1853–1932), ahli kimia, penulis,

dan guru Jerman, yang menerima Hadiah Nobel

tahun 1909 bagi bidang kimia. Dia menerima

anugerah ini terutamanya kerana kajiannya tentang

fenomena permukaan dan kelajuan tindak balas

kimia. Ostwald menulis sebuah daripada buku awal

tentang elektrokimia. Penyelidikannya tentang

pengoksidaan ammonia membantu Jerman membuat

bahan letupan semasa Perang Dunia I (1914–1915).

Ostwald lahir di Riga, Latvia.

UMUM 

Kembali ke atas