Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : kep Language Institute (Institut Bahasa). (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : simbol kimia bagi litium. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata Li


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
LI BO

Li Bo (701–762) ialah salah seorang pujangga

China yang agung. Namanya dieja dengan

beberapa cara, tetapi cara yang paling biasa

ialah Li Po dan Li Bai. Puisinya dikagumi kerana

bahasanya yang meyakinkan, wit, humor, dan

gambaran romantiknya tentang alam semula jadi,

terutamanya tentang bulan. Li Bo juga menulis

puisi yang memuji kebaikan wain. Dia menggubah

banyak puisi di bankuet dan majlis istimewa untuk

menghiburkan kawan-kawan dan penaungnya.

Dia percaya karyanya yang terpenting ialah puisi

tentang etika dan norma kesusilaan.

UMUM 
LI YUAN

Li Yuan (566–635 S.M.), maharaja China yang

mengasaskan Dinasti Tang (618–907 S.M.). Ahli

sejarah menganggap dinasti ini sebagai salah

satu zaman yang teragung dalam sejarah China.

Li Yuan memerintah dari tahun 618 S.M. hingga

tahun 627 S.M. Baginda memperkuatkan kawalan

Tang terhadap bahagian tengah dan selatan negara

China yang memberontak dan mengalahkan

serangan tentera Turki dari utara.

UMUM 
LI SIGUANG

Li Siguang (1889–1971), ahli geologi China.

Dia memberi sumbangan penting kepada sains

palaeontologi (kajian tentang fosil), glasiologi

(kajian tentang glasier), dan seismologi (kajian

tentang gempa bumi). Li Siguang mengasaskan

disiplin ilmu baharu iaitu mekanik geologi.

Disiplin ini ialah cabang ilmu geologi, yang

membincangkan aspek tegasan dan terikan.

Teorinya tentang geomekanik memainkan peranan

penting dalam penemuan beberapa telaga minyak

yang besar di China. Karya utamanya termasuk

Quartenary Glaciation in the Lushan Area , Central

China (1947), dan Introduction to Geomechanics

(1962).

UMUM 
LI PENG

Li Peng (1928– ), salah seorang pemimpin China

yang paling terkemuka. Dia menjadi pemangku

perdana menteri China pada bulan November 1987

dan menjadi perdana menteri pada bulan April

1988. Perdana menteri mengetuai segala operasi

kerajaan. Sejak tahun 1985, Li menganggotai

Politburo , iaitu badan utama yang membuat dasar

bagi Parti Komunis China. Dia menumpukan

kerjayanya kepada pembangunan sumber tenaga.

Kebangkitannya sebagai seorang pemimpin yang

berkuasa menggambarkan minat China yang

bertambah dalam pembangunan teknologi pada

tahun 1980-an.

UMUM 
WANG LIAhli linguistik dan penyajak yang terkenal.SASTERATokoh
LI BAI

Li Bai (701–762 M), pujangga agung pada zaman Dinasti Tang. Beliau juga dikenali sebagai Taibai dan Qinglian Penganut Buddha.

SASTERATokoh
CHEN LI

Chen Li (1810-1882), ahli fonologi yang terkenal pada zaman Dinasti Qing (1664-1911). Beliau dilahirkan di Panyu, Provinsi Guangdong (kini Guangzhou).  

SASTERATokoh
BA JIN

 

Ba Jin (1904-2005), penulis novel. Nama sebenarnya ialah Li Yaotang atau Li Feigan. Beliau dilahirkan pada 25 November 1904 di Chengdu, Sichuan, China.

SASTERATokoh
SAM'ANIY, AL-

Sam’aniy, al- (506–562 H./1113–1167 M.) ialah

pakar sejarah, salasilah dan keturunan serta ahli

geografi. Nama penuhnya ialah ‘Abd al-Karim ibn

Muhammad ibn Mansur al-Tamimiy al-Sam’aniy al-

Maruziy. Dia juga dipanggil Abu Sa‘ad. Dia terkenal

kerana telah banyak mengembara untuk menuntut

ilmu dan mempunyai ramai guru. Ada pendapat

yang mengatakan bahawa bilangan gurunya

melebihi 5000 orang. Dia sangat tekun dalam

pembacaan dan membuat kajian sehingga berjaya

menghasilkan 50 buah buku. Antara hasil

karangannya ialah Kitab al-Ansab, Tarikh Maru yang

mengandungi lebih daripada 20 jilid, Kitab Tadhyil

Tarikh Baghdad li al- Khatib, Tarikh al-Wafat li al-

Muta’akhkhirin min al-Ruwat dan lain-lain. Dia juga

amat mahir dalam bidang salasilah dan keturunan

sehingga menulis buku Al-Ansab yang mencatatkan

biografi tokoh-tokoh terkenal sama ada dari segi

sejarah atau ilmiah. Dia menyusun nama mereka

menurut susunan abjad.

UMUM 
BUKIT CHINA

BUKIT CHINA, kawasan yang pernah menjadi perkampungan rombongan puteri Hang Li Po yang diutus oleh Maharaja China pada zaman kegemilangan kerajaan Negeri Melaka, terletak di tengah-tengah bandar Melaka.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIBandar/Negeri/Negara/Tempat
12

Kembali ke atas